ISU AHMAD ISMAIL : DAH TERHANTUK BARU TENGADAH ~ Ref Malaysiakini

Sekali lagi kelemahan, kelekaan dan kelalaian Pak Lah dalam pentadbiran terserlah. Kali ini melibatkan isu dalaman rumahtangga BN yang dilihat semakin goyang dan porak peranda.

Walaupun dikecam hebat oleh Gerakan dan MCA, Pak Lah tetap mempertahankan tindakan Ahmad Ismail, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera yang menghina Cina semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Setelah Gerakan memutuskan hubungannya dengan Umno Pulau Pinang barulah Pak Lah kelihatan kendur sedikit dan mula membuat kenyataan untuk mengambil tindakan terhadap Ahmad Ismail yang kononnya menjadi jagoan Melayu Pulau Pinang yang merempat di Negeri sendiri.

Petang semalam Pak Lah mula kendur dengan membuat kenyataan bahawa beliau "sangat tidak gembira" dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail semalam yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya yang berbau perkauman berhubung masyarakat Cina di negara ini.

Dalam sidang akhbar ringkas di majlis berbuka puasa di Wisma Putra di Putrajaya, Abdullah berkata kenyataan Ahmad itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kenyataan Ahmad dalam sidang akhbar di bangunan Umno Pulau Pinang semalam yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang di negara ini.

Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika berceramah sewaktu kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata tindakan yang sewajarnya ke atas Ahmad akan diputuskan selepas beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bersemuka dengan Ahmad esok bagi mendapatkan penjelasan daripadanya.

Sepatutnya beliau tidak perlu lagi bersemuka dengan Ahmad kerana beliau sendiri telah mendengar kenyataan Ahmad semasa Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang beberapa hari lalu. Malah semasa mesyuarat itu Pak Lah sendiri seolah-olah tidak memberikan sebarang amaran kepada Ahmad dan tiada kenyataan dari beliau untuk mengambil tindakan terhadap Ahmad.

Inilah stail Pak Lah menguruskan parti dan negara sehingga negara menjadi semakin teruk dari segi ekonomi, rasuah, kedaulatan Islam dan Melayu dan segala-galanya. Namun orang tua ini masih tidak mahu mengakui kelemahan dan kelembapan beliau sehingga masih sanggup meneruskan pemerintahan beliau.

Comments

Nostradamus said…
Buat Dunno Sahaja. Jangan Jadi seorang Rasis atau Setan.
-------------------------------

Jika anda telah membaca skrip terkini Anwarwood Produksi, anda akan memahami apa yang
sedang berlaku di Pulau Pinang dan segala berita yang di laporkan di MSN, Malaysiakini, Malaysia Today dan web bloger-bloger. Sesetengah mungkin sudah mengalami darah tinggi, strok ataupun sakit jantung sekarang.

Tetapi, nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia ialah " Buat Dunno Sahaja!. Teruskan berpuasa, buatkan persiapan untuk Hari Raya dan Mooncake ataupun apa-apa perayaan yang akan menjelma untuk anda.

Kepada mereka-mereka yang tiada perayaan untuk diraikan, maka izinkan saya mencadangkan membuat persiapan untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September iaitu penubuhan negara Malaysia, 45 tahun dahulu, bersama-sama rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita di Malaysia Timur.

Jika anda masih nak ghairah dengan berita dan cerita yang terbit daripada Pulau Pinang, maka, izinkan saya mencadangkan berikut untuk renungan anda.

1. Ahmad berkata orang Cina adalah pendatang atau penumpang. - Bagitahu saya siapa yang bukan pendatang ataupun penumpang di dunia ini?

2. Jika anda sensitif kepada perkataan pendatang atu penumpang. - Saya pernah dengar ungkapan lebih teruk dari itu sejak 51 tahun dahulu. Saya sudah biasa tidak sensitif lagi

3. Ahmad telah mengoyakkan gambar Tsu Khoon. - Bukan ada apa-apapun. Lebik baik Ahmad memanggil dia, Ka Ting, Sammy Veloo dan semua wakil-wakil parti BN dan menampar mereka semua kerana tidak memenuhi aspirasi Perlembagaan Malaysia dan memperdagangkan serta tawar-menawar hak manusia untuk kepentingan parti mereka.

4. Ahmad bercakap untuk orang Melayu Malaysia. - Bagaimana tentang DSAI? Mungkin Ahmad cuma mewakili lebih kurang 50 pengikut yang dia ada. Mungkin dia boleh cuba membeli lebih ramai pengikut.

5. Ahmad bercakap untuk semua Muslim? - Bagaimana dengan Tok Guru? Adakah Ahmad seorang ulama?

6. Wartawan dicabar dan lain-lain. - Apa sebab wartawan MSN berada disana? Kenapa selepas interbiu Ahmad, berlari interbiu pemimpin BN yang lain? Adakah berita sabagini bagitu penting untuk dilaporkan. Kenapa tidak interbiu rakyat Malaysia di jalanan dan tanya mereka apa pendapat mereka tentang Ahmad dan lain-lain pemimpin BN.

7. Gunakan ISA, Akta Hasutan dan lain-lain. - Untuk buat yang pertama sekalinya sahaja, saya setuju sepenuhnya, tetapi hanya untuk orang-orang politik BN sahaja. Selepas mereka-mereka di kurungkan, maka haruslah ianya dihapuskan.


http://patek1472.wordpress.com
Aapai said…
syabas ahmad ismail,pulau pinang adalah negeriku...negeri orang melayu..bukan negeri cina...orang cina di pulau pinang boleh balek TONGSAN.