ISA : SYABAS ZAID, SUDAH LAMA SEPATUTNYA ANDA LETAK JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Dalam banyak hal saya memang tidak bersetuju malah sangat bengang dengan tindakan dan kenyataan Zaid Ibrahim. Ini termasuk tindakan Zaid menyokong IFC.

Tetapi kenyataan Zaid hari ini yang menentang penahanan RPK, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng amat saya setujui.

Zaid ketika ditemuramah oleh Malaysiakini hari ini mengancam untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga undang-undnag sekiranya kerajaan meneruskan penahanan menggunakan ISA.

Beliau menyifatkan penggunaan ISA tidak adil. Beliau juga menggesa RPK dan Teresa dibebaskan serta merta.

Katanya, kita mempunyai kerajaan yang komited kepada undang-undang dan reformasi perundangan, kita tidak boleh menggunakan stail politik lama.

Beliau juga akan berjumpa Perdana Menteri dalam hal ini dan akan meletakkan jawatan jika posisinya sebagai Menteri (Undang-undang) tidak dihormati.

Syabas Zaid inilah yang sepatutnya dilakukan oleh Zaid sejak dari dahulu kerana ISA bukannya ujud sehari dua ini tapi sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi.

Comments