ISA : MANUSIIA DILAYAN SEPERTI BINATANG ~ Ref Malaysiakini

Dalam posting saya sebelum ini saya menyatakan di sisi ISA, manusia ditahan macam anak ayam ditangkap dan dilepaskan sesuka hati.

Posting saya nampaknya disokong oleh Teresa Kok apabila beliau membuat kenyataan akhbar semalam bahawa makanan yang dihidangkan kepada beliau sama seperti makanan anjing. Nah...tepat sekali telahan dan pandangan saya.

Malah bukannya sahaja diberi makan seperti binatang, ditangkap seperti anak ayam malah tahanan ISA dilayan seperti penyamun, penyangak, pembunuh dan sebagainya. Di mana diantara mereka yang disiksa secara fizikal dan mental. Semua ini pernah ditulis oleh bekas-bekas 'pelajar universiti ISA' ini samada yang veteran atau yang baru.

Apakah ini yang dikatakan hukuman adil dan saksama.

Saya merayu kepada kerajaan BN supaya menghapuskan ISA ini secepat mungkin demi maruah dan keadilan kepada rakyat.

Andaikata kerajaan tidak mahu menghapuskan akta Zalim ini saya mencadangkan rakyat menghukum kerajaan BN ini selewat-lewatnya pada Pilihanraya Umum akan datang. Namun jika PR dapat memerintah dalam jangka masa terdekat ini saya merayu semua tahanan ISA dibebas atau dibicarakan serta akta ini dihapuskan.

Comments

motor cabok said…
ISA bukan untuk manusia... iniundang-undang kuno yang tidak berperikemanusiaan.
hapuskan ISA !
malayamuda said…
eh tapi hari tuh Zahid hamidi kata masa die kena ISA dulu dia dapat lainan baik.

Sape cakap betui nih ?

Atau Zahid dah jadi anjing sampai bile di layan macam anjing pun dia ok ?
si lembik's said…
oklah dari dapat makan macam tu..kalo dia bagi megi lagi kes naya..he he he

p/s : sekali sekala rasa susah apa salahnya..macma ni la agaknya perasaan orang miskin yang susah mendapatkan makanan