GUAN ENG SANDIWARA NAK TUBUH SAR? ~ Ref Malaysiakini

Ramai yang menghantar komen kepada saya dengan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng ada udang disebalik mee bila mengumumkan bahawa kerajaannya ingin menubuhkan SAR dan mengembalikan bantuan kepada SAR.

Tidak kurangnya yang menyatakan bahawa DAP mengamalkan racist yang lebih dahsyat, DAP tidak setuju azan, DAP masukkan kesamarataan dalam agama, DAP anti Melayu dan macam-macam lagi. Antaranya komen seorang pengunjung yang menamakan dirinya Malaysia. Komennya saya copykan di bawah ini :-

Ada udang disebalik mee goreng kut(gula-gula katakan,PEMANIS JANGKA MASA PANJANG..macam kat negera jiran ..Pulau Pinang ni kecil tanahnya,apalah sangat!!..dibandingkan tanah di Perak,Selangor & Malaysia sekali .. )

Tulisan jawi pun DAP komplen..
Azan Subuh pun komplen..
Islam pun nak diforumkan..
Bina surau pun bantah..
Azan pun di RAP kan..
Raja dan Sultan pun DAP cakap ikut sesedap rasa..macam kat Perak..
MB Perak macam Badut..bila DAP mengata kat Sultan..
MB Perak kata..nak wat camne..Ditelan mati mak,diluah mati bapak..kena ikut aje lee DAP punya kata..
DAP lagi racist..itu pun tak sedar lagi..

Orang Melayu PR buat bodo jerr..
Nak buat camne..Exco Orang Melayu PR dua,tiga orang jerr..kat Penang,Perak,Selangor..so tak cukup korum..)
Jadi BADUT boleh laaa...


Bagi saya hasrat Lim Guan Eng untuk menubuhkan SAR dan mengembalikan bantuan kepada SAR adalah suatu tindakan yang sewajibnya disokong. Kita tunggu dan lihat samada hasrat dan kenyataan ini benar atau tidak. Kita doakan ia menjadi kenyataan.

Hendak diharapkan Umno memulangkan balik bantuan dan menubuhkan SAR jauh panggang dari api.

Tentang dakwaan Malaysia di atas, saya yakin DAP boleh diajak berbincang tentang apa juga perkara dan isu. Oleh kerana itulah kita masyarakat majmuk di Malaysia mesti menghormati antara satu sama lain. Jangan ulangi sikap bongkak Ahmad Ismail yang tidak mahu mengaku kesalahan dan membetulkan kesalahan yang dilakukan. Tidak ada yang tidak boleh diselesaikan dengan syarat semua pihak menghormati agama dan budaya masing-masing serta tidak mengganggu ketenteraman Awam.

Syabas Guan Eng, takziah buat Umno yang tidak habis-habis hendak mematikan SAR dan syiar Islam yang syumul.

Comments

Aapai said…
Orang melayu masih ts sedarkan diri lagi.bangsa cina buat macam itu pun nak sokongnya lagi.lama kelamaan negara malaysia tak ujud lagi nama baru cinasia.
Unknown said…
Guan Eng just want to be a all races leader but not only like UMNO that propose one race dominant that claim themself as tuan and above all other races. In this world, fair and justice is taught by all religious, inclding Islam if i amnot mistaken. But why there is so Many UMNO politician always fear the Malay of this and that? Discrimination is a history and is a road block for Malaysian to move in par with outside world. Why must seperate Malaysia to Malay, Chinese, Indian..etc? Why not all Malaysian work together and hand to hand together to bring all Malaysia to a same height? Why must UMNO divided us all? A good government should look at the poor and behind one regardless of races. If the Malay so happend the one, then Malay will get help. If we just based on races, the rich (UMNO crones) will become richer and the poor (espceially non malay withoutspecial right)will keep in poor. By this, how to move together as one nation? You have to wake up. Of course, for those do not want to work hard and afraid of fed spoon abolish will always support BN. these are the person has no value to Nation building and just a parasite in Malaysia. If new economy policy ideology is well extablished by PR, imagine Malaysia ( all races) will be in par one day and I am sure Malay will be grateful that they are independent and proud of themself.
umno dulu berjaya memomokkan DAP itu racist dan sebagainya. tp sekarang rakyat dah celik politik. teruskan azam mu nak merintah p.pinang macam umar abdul 'aziz, YAB Guan Eng
Azmi_mus said…
Sama-samalah kita berdoa agar Guang Eng DiBeri Taufik & Hidayah Oleh ALLAH tuhan yang maha Pengasih Lahi Maha Penyayang. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membolak-balik kan hati manusia.dengan berkat keAkraban dgn Mat Sabu, TG Hj Hadi & TG Nik Abdul Aziz, DS Anwar Ibrahim..moga-moga satu hari nanti Islamlah....Mohammad Guan. InsyaAllah.

Sekarang MP/ADUN cina DAP dah banyak terdedah dengan ISLAM - Selangor, Perak & Pulau Pinang. Agar Islam amat dekat di hati mereka.