CORETAN RAMADHAN : SIKSANYA MENUNGGU WAKTU MAGHRIB ~ Ref Malaysiakini

Pabila Ramadhan tiba, sudah tentu nostalgia lama menggamit ingatanku. Bagaimana susahnya ibu bapaku 'menggerakku' untuk bangun sahur. Bagaikan nak 'rak' sekampung suara ibuku memanggilku supaya bangun.

Waktu berbuka merupakan suatu waktu yang sangat menggembirakan aku. Hampir setiap jam aku bertanya ibu lambat lagike waktu berbuka. Malah mungkin setiap minit aku melihat jam. Sungguh menyiksakan, lambat benar jarum jam berputar. Sesaat bagaikan sehari, sejam bagaikan seabad. Aduh.........lambatnya....

Sampai sahaja waktu berbuka ais menjadi juadah yang ku'baham' pertama sekali. Lebih separuh ruangan perut dipenuhi dengan air bagi menghilangkan dahaga.

Kadang-kadang makan waktu berbuka sampai tak mampu untuk bangun. Tersandar di dinding.

Comments