MEREKA BERBOHONG LAGI? ~ Ref Malaysiakini

Ramai pemerhati politik beranggapan Najib berbohong lagi semalam. Najib dalam satu kenyataan kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian zakat bagi Parlimen Pekan menyatakan bahawa beliau menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi yang sepatutnya bermula semalam sehingga Ahad ini disebabkan beliau perlu menyusun semula jadualnya bagi membolehkannya memulakan tugas sebagai menteri kewangan Isnin ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata penangguhan itu tidak ada kena mengena dengan senario politik dalam negara.

Saya pun hairan mengapa susah benar pemimpin negara hendak bercakap benar sedangkan kalau menipu pun lambat laun akan diketahui juga oleh rakyat. Malah lebih mengaibkan dan menjatuhkan imej mereka kalau selepas itu terbukti mereka berbohong. Apa salahnya bercakap benar malah saya yakin kalau mereka bercakap benar tidak banyak kesannya kepada kestabilan politik negara dan Umno sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?

Inilah yang terjadi kepada Imam Besar Hadhari apabila bercakap bohong dalam kes pembubaran parlimen Februari lalu di mana sehari sebelum pembubaran beliau BERBOHONG kepada rakyat kononnya tiada pembubaran parlimen dalam masa terdekat sedangkan esoknya beliau tanpa segan silu membubarkan parlimen.

Kes kedua beliau BERBOHONG lagi dengan menyatakan minyak tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat tina-tiba tak lama selepas itu minyak dinaikkan sehingga 78 sen seliter.

APAKAH ITU BUKAN BERBOHONG NAMANYA?.

Semalam ramai pemerhati politk yakin Najib cuba BERBOHONG lagi. Mungkin juga dalam Islam Hadhari BERBOHONG dapat pahala besar. Saya pun tidak tahu sebab saya bukan penganut Islam Hadhari.

Maka benarlah ungkapan dan simpulan bahawa SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHOHG LAMA-LAMA MENJADI PERDANA MENTERI.

FIKIRKAN........

Comments

aCe+ said…
apa yg najib bohong? dia cancel trip to saudi so apa yg dia bohong?