BN HILANG 2 KERUSI PARLIMEN, PAKATAN TAMBAH 2 ~ Ref Malaysiakini

Tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar dari BN petang ini secara automatiknya BN kehilangan 2 kerusi parlimen. Ini kerana SAPP mempunyai 2 ahli parlimen yang menang pada Pilihanraya Umum lalu.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar pada jam 4.30 petang ini selepas mesyuarat MT parti tersebut.

2 Ahli Parlimen SAPP ialah Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Eric Echin Majimbun (Sepanggar). SAPP juga mempunyai 4 orang ADUN dalam DUN Sabah iaitu Timbalan Ketua Menteri Sabah Raymond Tan (Tanjong Papat), timbalan menteri kewangan negeri, Melanie Chia (Luyang), Au Kam Wah (Elopura) dan Liew Teck Chan (Likas).

Keputusan SAPP itu memang dijangkakan kerana sejak beberapa bulan lalu, SAPP secara terbuka mengkritik kepimpinan Pak Lah dalam BN. Malah SAPP pernah mengancam untuk mengemukakan usul undi tidak percaya di parlimen melalui kedua-dua ahli parlimennya. Malah sejak akhir-akhir ini SAPP seringkali tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat tertinggi BN.

Keputusan SAPP ini dilihat sebagai satu 'signal' kepada kebenaran dakwaan Anwar bahawa PR sudah mendapat bilangan ahli-ahli parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru. Ramai pemerhati menjangkakan bahawa 2 orang ahli parlimen SAPP ini termasuk di dalam kelompok ahli parlimen BN yang berhijrah ke kem Pakatan Rakyat.

Walaupun SAPP tidak mengumumkan samada akan menyokong PR atau tidak namun ianya sudah agak jelas bahawa SAPP akan berbuat demikian bila tiba masanya nanti.

Sesungguhnya keputusan SAPP ini merupakan satu lagi tamparan hebat kepada kerajaan zalim pimpinan Pak Lah. Adalah dijangkakan selepas ini ada lagi parti komponen BN yang akan membuat tindakan yang sama seperti SAPP iaitu keluar dari BN.

Comments