Seorang lagi Blogger menjadi kekejaman BN apabila, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bekas rakan sekampus saya itu ditahan di Kota Baharu petang ini. Beliau ditahan dirumahnya menjadikan semakin ramai Blogger menjadi buruan Polis. Blognya kickdefella.blogspot.com adalah antara blog paling diminati di negara ini.
Syed Azidi pernah menjadi 'musuh' politik saya di ketika dikampus dulu, di mana beliau menjadi Calon Parti Pro-Kerajaan dan saya menjadi Campaign Manager untuk Parti Pro-Pembangkang pada Pilihanraya Kampus di sebuah IPTA di utara Semenangjung di era 90-an dulu.
Beliau tewas ditangan calon kami pada konstituensi Umum pada ketika itu.
Menurut isterinya Bariah Ishak, suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.
Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.
Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.
Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.
Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.
Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.
Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.
Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Penahanan Syed Azidi membuktikan bahawa blogger terus menjadi musuh kepada kerajaan BN sedangkan blogger hanyalah menyampai pandangan individu mereka terpulang kepada para pembaca untuk menerima atau menolaknya.

Comments