BILA ALI RUSTAM NAK JADI MACAM IR NIZAR ~ Ref Malaysiakini

Sebagai seorang rakyat yang menetap di Melaka saya kepingin sangat untuk melihat YAB Ketua Menteri Melaka menjadi Imam solat Maghrib dan Isyak seterusnya Solat Sunat Tarawih sempena Bulan Ramadhan ini. Selepas itu saya juga kepingin untuk mendengar beliau menyampaikan Tazkirah Ramadhan. Sebab dengar ceritanya YAB kita ini tidak kurang hebat ilmu agamanya sebab itu beliau selalu memperlekehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Saya rasa teruja hendak berimamkan YAB Ketua Menteri Melaka selepas melihat iklan di blog Ustaz Misbahul Munir yang memberitahu kita bahawa YAB Menteri Besar Perak akan menjadi Imam Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih serta menyampaikan Tazkirah pada 4 Ramadhan1429H / 4 Sept 2008 (Khamis), bermula jam 6.30 petang di Dataran MBI.

YAB Menteri Besar akan merasmikan Majlis Berbuka Puasa Anjuran Kerajaan Negeri Perak di Dataran MBI di mana program berbuka puasa akan diteruskan dengan sembahyang Tarawih dan Tazkirah yang akan dipimpin oleh beliau sendiri.

Saya cadangkan kalau YAB Ketua Menteri Melaka ingin menuruti program yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Ir Mohd Nizar ini, kita boleh buat di Stadium Hang Jebat atau Dataran MBMB pun boleh. Takkan lah Dataran MBMB itu kita hendak anjurkan Konsert dan Pertandingan Karaoke je, sekali sekala kita buat program yang bermanfaat seperti Majlis Berbuka Puasa dan Solat serta Tazkirah sekali.

Comments

Vesu said…
sdr, saya dapat tahu dari kawan saya dari ulu langat bahawa baru tahun ini nampak duit zakat selangor itu sampaikepada mereka yang betul2 memerlukan , betul ke ? agak selama ini mana pergi duit nya ?
Anonymous said…
Ye ke, ini kena tanya dengan kawan-kawan kita dalam kerajaan negeri Selangor
dariana said…
sdr.kadang2 saya di kelantan pun ada terdengar DS MAR sangat suka berkokok.
kokoknya..kokok berdegar2 ekornya berbau....