APAKAH ANWAR AKAN LAKUKAN 'HATRIK' DITAHAN KALI KE 3 DI BAWAH ISA? ~ Ref Malaysiakini

Kebiasaannya pemain bola yang hebat sering menjaringkan gol secara hatrik pada setiap perlawanan.

Kali ini sekiranya Anwar ditahan lagi bermakna beliau sudah 3 kali disumbat di bawah akta zalim ini. 'Jaringan' hatrik ini sudah tentu suatu tindakan yang paling ganas dan paling dahsyat dalam sejarah politik negara. Ini kerana jika beliau ditahan kali ini bermakna kerajaan Malaysia menahan KETUA PEMBANGKANG yang sah. Sudah tentu imej negara kita semakin teruk di mata dunia dan sudah tentu pelabur, negara asing akan memandang serong kepada Malaysia. Malah sudah tentu Malaysia dan Pak Lah akan dimasukkan di dalam senarai atau 'list' diktator dunia.

Sekiranya Anwar ditahan, ini akan memberikan kesan besar kepada ekonomi dan hubungan luar kita. Negara luar sudah tentu melabelkan Malaysia sebagai negeri yang mundur dan kolot dari segi Hak Asasi Manusia.

Label ini sudah tentu akan memberikan imej yang teruk dan buruk kepada negara sehingga menjejaskan ekonomi negara.

Apakah negara kita sanggup menerima cemuhan dari dunia sekali lagi setelah episod malang 1998 berlalu tanpa noktah sehingga bekasnya dan bahangnya masih dirasakan sekarang. Andai Anwar ditahan sekali lagi maka bahangnya dijangka akan bertambah panas. Negara luar semuanya menuding jari Malaysia adalah negara mundur dan kejam.

Comments