ANGKUH PUNCA KERAJAAN DIARAH BAYAR RM60 JUTA ~ Ref Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Pahang menyifatkan keangkuhan menteri besar menjadi punca kerajaan negeri terpaksa membayar berganda (RM60 juta ) kepada Syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM ) atas arahan makkamah.

Ketuanya, Suhaimi Md Saad berkata,sikap ‘bodoh sombong’ pemimpin berkenaan yang enggan berunding serta memperlekehkan SGM akhirnya membawa padah kepada kerajaan dan rakyat.

Difahamkan SGM tidak berkeras untuk menyelesaikan masalahnya dengan kerajaan negeri malah syarikat itu telah beberapa kali memohon untuk mengadakan perbincangan tetapi tidak mendapat layanan lalu membawa kes kemahkamah sebagai tindakan terakhir yang diambil syarikat itu setelah semua usaha untuk mengadakan rundingan gagal.

Kerajaan negeri, pada awal kes berkenaan dibicarakan di mahkamah langsung tidak menghantar peguamnya sehinggalah kerajaan negeri terdesak.

Suhaimi berkata, tindak tanduk menteri besar dalam mengendalikan kes berkenaan jelas sekali tidak bijak dan angkuh yang akhirnya membawa padah kepada kerajaan negeri.

“Mungkin pemimpin berkenaan menyangka tiada apa yang boleh dilakukan terhadapnya,dan kerajaan yang berkuasa, sedangkan tindakanya jelas merugikan rakyat ,” katanya.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menolak permohonan kerajaan negeri Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri (defenden) untuk membenarkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan defenden membayar RM37 juta kepada SGM.

SGM memfailkan saman terhadap defenden bersabit satu kawasan pembalakan diatas tanah milik Umno, di mukim Bebar, Pekan.

Suhaimi berkata, sepatutnya pemimpin berkenaan segera melepaskan jawatan sebagai menteri besar kerana bertanggugjawab diatas kes berkaitan.

“Melihat kepada cara pemimpin berkenaan mengendalikan isu saman SGM jelas beliau tidak mempunyai kelayakan sewajarnya untuk terus memimpin negeri Pahang.

“Semua pihak didalam Umno wajar mendesak supaya menteri besar berkenaan diganti segera demi memulihkan imej kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SGM, Syed Ali Badruddin Othman berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk mengemukan saman kepada menteri besar dan kerajaan negeri kerana gagal menjelaskan bayaran sebagaimana telah diputuskan oleh Mahkamah.

Katanya, sehingga kini pihaknya tidak menerima apa-apa ‘respon’ daripada kerajaan negeri sama ada dalam bentuk bayaran atau memanggil SGM untuk berunding mengenai cara-cara pembayaran.

Difaham tempoh kerajaan negeri menyelesaikan pembayaran kepada SGM telah luput pada 6 April lalu.

http://www.darigaunghati.blogspot.com

Comments