AHLI PARLIMEN BN YANG BERHIJRAH KE PR ~ Ref Malaysiakini

Antara perkara yang paling ditunggu oleh rakyat Malaysia hari ini adalah bila tarikh Pakatan Rakyat akan mengambilalih Putrajaya.

Selain itu siapakah ahli-ahli parlimen BN yang akan berhijrah dari kegelapan BN kepada nur Pakatan Rakyat. Atau sekurang-kurangnya menyokong undi tidak percaya kepada BN dan Pok Lah UndurLAh.

Berikut adalah 'clue' dan 'hint' yang saya dengar dibicarakan di Parlimen-parlimen Kedai Kopi :-

1) Ahli Parlimen veteran, pernah menganggotai kabinet lebih dari 1 penggal. Beliau juga pernah berhijrah dari satu parti ke parti lain. Pernah bertanding atas tiket parti selain BN. Beliau dikatakan hampir pasti bersama dengan PR hanya tunggu masa untuk isytihar dirinya keluar BN.

2) 2 orang ahli parlimen dari Sabah iaitu dari Tawau dan Sepanggar yang telah menjadi ahli parlimen bebas untuk bersama-sama dengan Ibrahim Ali.

3) Seorang Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri yang pernah menjadi penyokong sedia Anwar suatu ketika dahulu.

4) Beberapa orang Ahli parlimen yang kecewa dengan Pak Lah kerana tidak melantik mereka ke jawatan tertentu di dalam kabinet.

Logik atau tidak logik pandangan Ahli PArlimen kedai kopi di atas?

Comments

motor cabok said…
nama pun cerita kedai kopi...
kadang2 ahli mesyuarat kedai kopi kena diambil kira jugak...
moga betul...
Unknown said…
Hendak Islamkan Negara atau Orang?

Kalau kita meneliti ayat-ayat Al Quran, sangat banyak ayat-ayat yang menyeru manusia supaya menghindari perbuatan syirik atau mempersekutukan Allah.
Malah tidak masuk syurga seseorang itu jika mensyirikkan Allah, begitulah utamanya perbuatan syirik ini di sisi Allah.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan tujuan Tuhan menurunkan Nabi dan Al Quran ini adalah untuk membebaskan manusia dari mensyirikkan Allah.
Selaras dengan tujuan utama Quran ini, kita sebagai orang Islam haruslah bergerak selari dengan kehendak Quran iaitu mengembelingkan segala usaha dan tenaga untuk membebaskan manusia dari amalan syirik. Amalan syirik ini bukan sahaja berlaku kepada orang-orang bukan Islam tetapi juga berlaku dalam masyarakat Islam sendiri.
Memerangi amalan syirik bukan bermakna kita kena mengangkat senjata pergi memerangi dan menangkap orang-orang yang mengamalkan perbuatan syirik ini. Tetapi perlu kita lakukan secara dakwah yang baik dan hikmah.
Kita harus menentang pengamal-pengamal syirik ini dengan memberi penerangan yang jelas dan berhujah dengan mereka secara baik. Mesti ada dalam fikiran kita bahawa orang-orang yang mengamalkan syirik ini kebanyakannya adalah disebabkan kejahilan mereka yang tidak mendapat maklumat dan penerangan yang tidak tepat. Mereka hanya mendapat maklumat dan menurut apa yang telah diperturunkan oleh nenek moyang mereka.
Oleh itu menjadi tugas kita untuk membetulkan pandangan mereka yang salah terhadap agama dan ketuhanan. Jangan sekali dalam hendak membetulkan akidah mereka, kita menganggap mereka sebagai musuh kita, sebaliknya kita lakukannya kerana didorong oleh hati kita yang ikhlas untuk menyelamatkan mereka dari api neraka.
Mungkin ada orang mempersoalkan kenapa Nabi Muhammad pernah mengangkat senjata berperang dengan orang bukan Islam, seolah-olah berlawanan dengan kenyataan saya di atas.
Dalam membetulkan akidah musyrik mekah ketika itu, nabi Muhammad sentiasa mengambil pendekatan berjumpa dan memberi penerangan kepada masyarakatnya dalam menyebarkan ajaran Islam.
Tetapi malangnya pemuka-pemuka orang bukan Islam ketika itu tidak mampu untuk berhujah dengan nabi dan tidak mampu menandingi kebenaran Al Quran. Lantaran itu semakin hari semakin ramai orang-orang yang telah dimurnikan akidahnya oleh nabi.
Pemuka musyrik Mekah tidak ada keupayaan dan ikhtiar untuk menyekat aliran baru yang dibawa oleh nabi Muhammad yang dilihat semakin cepat berkembang, lalu mereka menggunakan cara penindasan dan kekerasan bagi mengekangnya, termasuklah mengistiharkan perang terhadap nabi.
Jelas di sini nabi berperang bukan untuk menyerang dan menangkap orang-orang yang mengamalkan syirik tetapi berperang sebagai mempertahankan diri dari diserang secara kekerasan.
Dan sekarang kita telah pun berada di zaman peradaban tinggi, di zaman yang memandang tinggi keintelektualan, pendapat dan hujah, di zaman suatu kaum tidak boleh menindas dan menyerang kaum lain, di zaman setiap orang berhak untuk bersuara dan menyampaikan pandangan dan pendapat, tetapi kenapa pula kita tidak mengambil peluang dan ruang ini seluas-luasnya untuk kita memberi penerangan dan berhujah dengan baik kepada pengamal-pengamal perbuatan syirik ini.
Sebaliknya ada antara umat Islam di zaman ini telah mengambil tindakan kebelakang dengan melakukan serangan-serangan senjata dan keganasan yang kononnya untuk membela kesucian Islam.
Ada juga orang-orang Islam yang begitu ghairah untuk menegakkan Negara Islam, siang malam mereka turun berkempen untuk mencapai hasrat mereka untuk menjadikan Malaysia ini Negara Islam ala mereka.
Mungkin saya terlepas pandang, tidak ada ayat yang saya temui dalam Quran yang menyuruh kita menegakkan Negara Islam sebagai keutamaan kita, sila betulkan saya kalau tersilap. Kalau ada pun ayat yang menyatakan perkara tersebut, mungkin tidak banyak sehingga saya boleh tidak perasan dan terlepas pandang.
Tetapi kalau ayat yang menyuruh kita menghindari dari perbuatan dan amalan syirik memang saya tidak boleh lupa kerana ia disebutkan berulang dan banyak kali dalam Quran.
Kalau kita hendakkan Negara Islam, memang kita perlukan ‘kuasa’ untuk melaksanakannya, tetapi kalau kita hendakkan supaya manusia mempunyai akidah yang murni, kita hanya perlukan kebijaksanaan, ilmu, kepetahan kata-kata dan tulisan, akhlak yang baik dan keikhlasan.
Janganlah usaha kita yang ghairah hendak menegakkan Negara Islam dijadikan jenaka oleh sesetengah pihak yang mengatakan, yang mungkin masuk syurga nanti hanyalah negara bukannya orang.
Bukanlah saya hendak merendah-rendahkan untuk menegakkan Negara Islam, tetapi kita kena melihat kepada keutamaan. Jangan duduk sebelum berlunjur.