16 SEPT HARI BERSEJARAH HAMPIR PASTI? ~ Ref Malaysiakini

Mahu tidak mahu hari bersejarah 16 September akan pasti datang. Semua mata dan telingan tertumpu kepada tarikh itu yang dianggap tarikh paling penting selain dari 8 Mac 2008, 26 ogos 2008 dan lain-lain.

Orang yang paling risau (nak berkelip mata pun takut) ialah Pak Lah dan Najib, dua watak penting dalam episod yang sangat risau dan runsing kalau-kalau 16 September menjadi mimpi buruk yang menjadi kenyataan. Selain dari mereka berdua seorang lagi yang saya yakin 'ultra' risau tak lain tak bukan Bekas Ahli Umno, Mahathir Mohamad.

Ketiga-tiga mereka ini mempunyai sebab tertentu mengapa kerisauan yang menyebabkan mereka tidak tidur lena saban malam.

Pak Lah sudah tentu tidak mahu melepaskan jawatannya sebelum dapat memastikan Khairy selamat di persada puncak kuasa Umno, Najib risau kalau-kalau hajat untuk menjadi PM menjadi angan-angan kosong dan Mahathir sangat risau dengan segala kezaliman dan kejahatan yang dilakukan beliau kepada Anwar.

Kita semua tahu bahawa jika seseorang pemimpin takut untuk turun takhta sudah tentu ada sebab musababnya. Antara lain kerana kejahatannya atau kerana sayangkan rakyatnya disebabkan beliau seorang yang sangat baik dan menjadi lambang perpaduan rakyat.

Namun dilihat kepada riak-riak dan gerak geri sehari dua ini, tarikh 16 September saya yakin menjadi tarikh permulaan kalau bukan tarikh jatuhnya kerajaan. Tarikh ini sudah pasti menjadi tarikh di mana rakyat Malaysia akan mengenangnya sehingga bila-bila, di mana tarikh ini menjadi titik mula gerakan menjatuhkan kezaliman dan kejahatan BN dipergiatkan lagi setelah rakyat menggoncangkan BN pada 8 Mac 2008 dan memberikan amaran sekali pada 26 Ogos lalu dengan kemenangan besar Anwar pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Tidak syak lagi kita semua memang setiap detik mendoakan kejayaan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru yang adil, telus dan berkebajikan.

Ramai berpendapat di dalam politik tiada yang mustahil boleh berlaku apatah lagi dalam keadaan sekarang banyak perkara negatif berlaku dalam negara.

Masalah dalam Umno juga adalah di antara punca mengapa ahli parlimen Barisan Nasional-BN berada dalam dilema dan ada yang berfikir untuk meninggalkan parti itu.

Mereka (ahli parlimen BN) ada yang merasa kecewa dengan kemimpinan tertinggi BN yang dilihat semakin tidak berupaya mengurus negara.

Anwar sememangnya konsisten dalam isu berkaitan perubahan kerajaan pada 16 September sejak mula-mula beliau bercakap tentang perubahan kuasa itu.

Beberapa kenyataan Anwar sebelum ini adalah tepat walaupun tidak dipercayai dan diyakini oleh rakan-rakannya seperti keyakinanya tentang kejayaan Pakatan Rakyat berkuasa di lima buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 kerusi BN di parlimen dalam pilihan raya umum March lalu.

Tiada rakan-rakannya yang percaya apabila Anwar berkata Pakatan Rakyat boleh memerintah di lima negeri dan menafikan majoriit 2/3 kerusi parlimen BN.

Tiada rakan-rakan Anwar yang percaya apa yang disebutnya, malah semua kawan-kawanya hanya mendiamkan diri kerana tidak yakin, tetapi Anwar membuktikan sebaliknya.

Begitu juga dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu, Anwar sangat yakin beliau akan menambah majoriti daripada apa yang diperolehi Wan Azizah, tiada rakan-rakanya percaya kerana BN-Umno biasanya akan menang besar pilihan raya kecil sebelum ini.

Anwar sekali lagi membuktikan apa yang disebutnya adalah benar dan itulah yang berlaku. Beliau menang besar.

Fakta-fakta tersebut, menyebabkan pemimpin Umno semakin gusar dan tidak tenteram kerana mereka tahu siapa Anwar.

Jika Anwar berjaya membentuk kerajaan Pusat, beliau percaya tiada kerajaan yang dikuasai Unmo akan terus kekal di bawah parti itu.

Negeri-negeri yang dikuasi Umno kini ialah Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Johor serta Sarawak juga akan tergugat dengan penyertaan beramai-ramai ADUN BN kedalam Pakatan Rakyat dan seterusnya menumbangkan kerajaan BN. Yang tinggal mungkin kerajaan Ali Rustam di Melaka untuk dijadikan bahan sejarah menunjukkan BN ujud suatu ketika dahulu.

Pemimpin Pakatan Rakyat wajar segera 'bermuqabalah' dan mendekati pemimpin di negeri-negeri berkenaan supaya mereka turut menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

Jadi siapa yang berani menyangkal 100 % kenyataan Anwar bahawa kerajaan baru akan dibentuk selepas 16 September. Hatta Pak Lah juga takut sehingga terpaksa mengkuarantinkan ahli-ahli parlimen BN dan berulang-ulang kali mengaku kerajaan BN masih kukuh dan utuh.

Selain itu BN mencipta satu isu besar iaitu isu perkauman untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari tarikh 16 September. BN membesar-besarkan isu kenyataan Ahmad Ismail semata-mata untuk memastikan rakyat tidak memberikan 100 % tumpuan kepada Anwar dan tarikh 16 Septembernya.

Comments

Nostradamus said…
Buat Dunno Sahaja. Jangan Jadi seorang Rasis atau Setan.
------------------------------

Jika anda telah membaca skrip terkini Anwarwood Produksi, anda akan memahami apa yang
sedang berlaku di Pulau Pinang dan segala berita yang di laporkan di MSN, Malaysiakini, Malaysia Today dan web bloger-bloger. Sesetengah mungkin sudah mengalami darah tinggi, strok ataupun sakit jantung sekarang.

Tetapi, nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia ialah " Buat Dunno Sahaja!. Teruskan berpuasa, buatkan persiapan untuk Hari Raya dan Mooncake ataupun apa-apa perayaan yang akan menjelma untuk anda.

Kepada mereka-mereka yang tiada perayaan untuk diraikan, maka izinkan saya mencadangkan membuat persiapan untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September iaitu penubuhan negara Malaysia, 45 tahun dahulu, bersama-sama rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita di Malaysia Timur.

Jika anda masih nak ghairah dengan berita dan cerita yang terbit daripada Pulau Pinang, maka, izinkan saya mencadangkan berikut untuk renungan anda.

1. Ahmad berkata orang Cina adalah pendatang atau penumpang. - Bagitahu saya siapa yang bukan pendatang ataupun penumpang di dunia ini?

2. Jika anda sensitif kepada perkataan pendatang atu penumpang. - Saya pernah dengar ungkapan lebih teruk dari itu sejak 51 tahun dahulu. Saya sudah biasa tidak sensitif lagi

3. Ahmad telah mengoyakkan gambar Tsu Khoon. - Bukan ada apa-apapun. Lebik baik Ahmad memanggil dia, Ka Ting, Sammy Veloo dan semua wakil-wakil parti BN dan menampar mereka semua kerana tidak memenuhi aspirasi Perlembagaan Malaysia dan memperdagangkan serta tawar-menawar hak manusia untuk kepentingan parti mereka.

4. Ahmad bercakap untuk orang Melayu Malaysia. - Bagaimana tentang DSAI? Mungkin Ahmad cuma mewakili lebih kurang 50 pengikut yang dia ada. Mungkin dia boleh cuba membeli lebih ramai pengikut.

5. Ahmad bercakap untuk semua Muslim? - Bagaimana dengan Tok Guru? Adakah Ahmad seorang ulama?

6. Wartawan dicabar dan lain-lain. - Apa sebab wartawan MSN berada disana? Kenapa selepas interbiu Ahmad, berlari interbiu pemimpin BN yang lain? Adakah berita sabagini bagitu penting untuk dilaporkan. Kenapa tidak interbiu rakyat Malaysia di jalanan dan tanya mereka apa pendapat mereka tentang Ahmad dan lain-lain pemimpin BN.

7. Gunakan ISA, Akta Hasutan dan lain-lain. - Untuk buat yang pertama sekalinya sahaja, saya setuju sepenuhnya, tetapi hanya untuk orang-orang politik BN sahaja. Selepas mereka-mereka di kurungkan, maka haruslah ianya dihapuskan.


http://patek1472.wordpress.com
Aapai said…
sudahlah jangan temberang hari ini 9 sept,angan angan mat jenin sahaja lah,kkaaah..kkaaaahhh..aaaakkk..pphhuuuiii