ZAMAN PAK LAH PERINTAH SEMUANYA KEBETULAN ~ Ref Malaysiakini

Nampaknya zaman Imam Hadhari memerintah Malaysia semuanya kebetulan.

Perlanjutan umur Pengerusi SPR kebetulan ....
Dakwaan Anwar meliwat kebetulan...
Pembentangan Rang Undang-undang DNA kebetulan...
Saiful bersumpah di Masjid Wilayah kebetulan ...
Penetapan Tarikh pilihanraya Kecil Permatang Pauh kebetulan ...
Minyak naik pada bulan Jun kebetulan ...

Semuanya kebetulan, tidak ada langsung perancangan awal, jangka pendek atau jangka panjang. Biasanya sesuatu perkara besar yang dilakukan secara KEBETULAN tidak baik kerana tiada perancangan rapi ....

Semalam sekali lagi perkataan kebetulan terpacul dari mulutnya bila ditanya tentang rang undang-undang DNA yang akan dibentang di Parlimen pada sidang yang berlangsung sekarang.

Imam Hadhari meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Sambil menolak tanggapan kononnya rang undang-undang itu ada kaitan dengan kes meliwat yang dihadapi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri berkata hal yang berkaitan dengan DNA dan akta itu sudah lama hendak dibawa oleh kerajaan ke Dewan Rakyat.

Kalaupun DNA menjadi satu isu dalam kes berkenaan, "itu satu kebetulan", katanya di Batu Berendam, Melaka.


Adalah lebih semua itu dirancang dan mempunyai sebab-sebab KONKRIT mengapa sesuatu tarikh dipilih.

Kalau macam inilah gaya Imam Hadhari memerintah saya bimbang negara kita akan lingkup kerana tiada perancangan yang rapi dan teratur.

Comments

Gagak di Rimba said…
Semua kebetulan? Rasanya tak ada yang percaya.

Yang pasti semuanya dilakukan dengan tujuan dan motif tertentu.

Misalnya,Saiful "disuruh" bersumpah sehari sebelum hari penamaan calon di Permatang Pauh. Apakah tujuannya kalau bukan untuk dijadikan "senjata" supaya sokongan terhadap Anwar Ibrahim akan berkurangan?.

Sekarang undang-undang mengenai DNA pula akan dipinda. Orang tentu boleh mengaitkannya dengan tindakan untuk "menghukum" Anwar, kerana sebelum itu DNA Anwar tidak dapat diambil oleh kerana undang-undang yang berkenaan tidak ada.

Jadi semuanya jelas bukan kebetulan.
DULU TAHUN 1990 TOK GURU KATA MENANG PAS DI KELANTAN KERANA ADA PERSEFAHAMAN ANTARA MALAIKAT DI BUMI DAN DI LANGIT. ITULAH YANG KITA PERCAYA. PAK LAH PUN MEMANG SEMUA KEBETULAN SEBAB DAH SURATAN. ITULAH QATHOK DAN QADAR. TAK PERCAYA KE?

BANYAK LAGI KEBETULAN YANG BAIK. UMPAMANYA UMUR BERSARA JADI 58 TAHUN, NAIKNYA GAJI, ANUAR DIBEBAS DARI PEJARA, ANUAR PAK LAH BENAR KE GERMAN UNTUK PERUBAT SAKIT BELAKANG, ANUAR BOLEH BERTANDING PR PERMATANG PAUH SEBAB DAH BEBAS DARI TAHANAN DULU.... KEBETULAN YANG BAIK.

ITU SEMUA DENGAN KEHENDAK ALLAH... NGAP TAK PEDRCAYA? BUKALAH HTTP:// BUAHHATIPERMATANGPAUH.BLOGSPOT.COM
Malaysia said…
"ZAMAN PAK LAH PERINTAH SEMUANYA KEBETULAN,MUNGKIN DIBAWAH INI JUGA SATU KEBETULAN" ~ Ref Malaysiakini"

BPR tahan 2 exco k'jaan Perak
Aug 20, 08 12:19pm

Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam. Mereka berusia antara 45 hingga 57 tahun.

Utusan Online pula melaporkan seorang daripada ahli exco itu ditahan jam 10.30 pagi ini.

Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM105,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

Utusan Online juga memetik kenyataan BPR bahawa mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman.

Seorang daripada mereka dipercayai bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR.

Lima daripada mereka ditahan reman selama tiga hari. Kesemua menutup muka ketika dibawa ke mahkamah.

Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dan ibupejabat BPR di Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya.