SUMPAH BUKAN AJARAN ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata bersumpah bukan dari ajaran Islam tetapi ianya adalah ajaran Kristian.
"Itu satu kebodohan terhadap hukum Islam, malangnya melibatkan mereka yang memakai jenama agama. Itu (bersumpah) tidak menepati apa yang dikehendaki dalam hukum Islam.

"Yang ada dalam Islam ialah li'an (iaitu sumpah melibatkan suami isteri)...sumpah dengan kitab suci ini ialah amalan Kristian yang bersumpah dengan Bible.

"Kita orang Islam mestilah li'an. Li'an ialah dalam tuduhan zina suami kepada isteri (tetapi) Anwar dan Saiful ini bukan suami isteri," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu sumpah laknat menggunakan al-Quran oleh Mohd. Saiful.

Beliau berkata adalah tidak wajar masyarakat menghukum Anwar berdasarkan tindakan Mohd. Saiful yang 'kebetulan' dibuat sehari sebelum proses penamaan calon Parlimen Permatang Pauh berlangsung.

Menurut beliau, perkembangan terbaru itu tetap tidak akan menjejaskan sokongan dan kepercayaan Pas kepada Anwar, sebaliknya parti itu akan terus membantu Anwar untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.
Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang berkata demikian semasa ditemui media pada Muktamar PAS Pusat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak semalam.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.

Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.
Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.

Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.

Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.

Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.

Beliau amat berharap pengund-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.

"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya

Comments

Malaysia said…
Sumpah Saifol..antara dia dengan ALLAH..tiada kena mengena dengan sesiapa..baik yg hidup atau yg mati..inikan pula ahli politik, Majlis Peguam dan sebagainya..

Biarlah ALLAH YG MAHA ESA dan YG MAHA KUASA menghukumnya andainya Saifol bersalah..tidak didunia mungkin diakhirat..

Pendapat saya..
Jikalau sebagai seorang Islam yg ber AGAMA ISLAM bersumpah dengan nama ALLAH dimana sekalipun dengan kesucian & keihklasan hatinya hanya pada ajaran Islam..dia tetap jua seorang Islam..kerana hatinya berserah pada ALLAH yg MAHA ESA..

Kecuali orang itu pergi ke Gereja..
bersumpah mengikut ajaran Kristian..
Itu barulah agama Kristian..