Anwar berangan, Anwar mengigau di siang hari, Anwar pembohong dan macam-macam lagi supah seranah serta cacian dilemparkan oleh puak-puak yang tidak senang dengan dakwaan Anwar bahawa kerajaan baru Pakatan Rakyat akan dibentuk menjelang 16 September ini.
Takut benar mereka ini dengan angan-angan Anwar ini. Mengapa mereka takut? Biasanya orang yang takut kehilangan kuasa ialah orang yang banyak melakukan kesalahan dan kezaliman serta rakus menggunakan kuasa ketika mereka memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara. Adakah puak-puak BN ini berperangai sedemikian ketika berada di puncak kuasa? Tuan-puan boleh jawab sendiri.
Ketika Anwar melemparkan angan-angan beliau untuk merampas Putra Jaya beberapa bulan lalu ramai juga yang percaya dan tidak kurang pula yang beranggapan Anwar bermimpi di siang hari. Namun kini bila Anwar mengangkat sumpah semalam, lebih ramai orang yang tidak percaya mula tercengang-cengang berfikir mungkin juga dakwaan Anwar ini betul dan akan menjadi kenyataan.
Malah pemimpin Umno/BN mula pucat gigi dan pucat lesi. Semalam ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak (gambar) diberitakan akan tetap setia dengan BN. Menteri 'Muzium', Shafei Apdal membuat kenyataan media (dibelakangnya berdiri hampir semua Ahli-ahli Parlimen Sabah & Sarawak) bahawa mereka akan tetap setia dan patuh kepada BN dan pemimpinnya. Mereka juga akan menandatangani akujanji untuk tetap setia tidak menjadi katak melompat menyertai Pakatan Rakyat. Jelas sekali pemimpin BN/Umno begitu takut akan ujudnya Ahli-ahli Parlimen yang akan melompat dari BN kepada Pakatan Rakyat.
Hari ini dan semalam, riak-riak akan adanya Ahli Parlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat mula kelihatan. Harakahdaily melaporkan bahawa YB Saifuddin Nasution berkata beberapa orang Ahli Parlimen BN mula menghantar SMS kepada Anwar mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang dan menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.
Dakwaan Saifuddin ini sudah tentu menyebabkan Imam Nombor Wahid Islam Hadhari tidak tidur lena malah mungkin terpaksa menelan ubat tidur untuk membolehkan beliau tidur lena. Kalau sebelum ini beliau begitu senang untuk tidur walau di mana sahaja, sekarang mungkin masa tidur pun beliau tidak boleh tidur kerana risau dengan senario baru kemungkinan kerajaan Islam Hadhari akan tumbang.
Bagi kepala-kepala penyamun, penyangak, kaki rasuah dan sebagainya mereka sudah pasti tidak senang duduk macam cacing kepanasan bila mendengar berita ini. Yang pasti mungkin Dr Mahathir sudah menempah 'open ticket' untuk terbang berhijrah ke negara di mana rumah beliau mungkin sudah tersergam indah. Dr Mahathir mungkin sudah 'packing' barang-barang beliau sekarang atau mungkin juga beliau akan menyedekahkan barang-barang itu kepada rumah yatim.
Sama-samalah kita tunggu saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari samada cita-cita sebahagian besar rakyat Malaysia yang ingin sangat menikmati pemerintah kerajaan berkebajikan menjadi kenyataan pada atau sebelum 16 September ini.
Mari kita sama-sama mendoakan kerajaan korup, zalim dan biadap ini ditamatkan riwayatnya oleh Allah S.W.T. Amin

Comments
Sabah MPs reject loyalty pledge
KOTA KINABALU: Many of the 24 Sabah Barisan Nasional MPs are rejecting a move to get them to sign a loyalty pledge to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
hidup PR, hidup ANWAR!!!
BN/UMNO mesti ditumpaskan demi negara, bangsa and agama.
tepi kenapa hanya 20 orang saja kelihatan mana lagi 34 orang?
MPs PR yg keluar dewan semalam tanda protes terhadap isu DNA yg tak relevan itu nak dibentangkan juga.
dari gambar2 TV1 yg menyiarkan secara langsung perbahasan di dewan mulia itu selalu kelihatan juak2 MPs Be End/Umno juga tak dak dalam dewan. tak hadir atau ponteng. kenapa? ini lebih teruk!
contoh lagi bila majlis angkat sumpah DS Anwar selaku MP baru semalam, majoriti menteri2 dan MPs Be End pergi kemana? tak sporting dan tak gentleman!!
Wakil2 rakyat apa macam ni? itu belum kira feel lain MPs mereka di luar dewan yang memang sebahagiannya amat buruk dulu, kini dan selamanya. tak leh nak cerita...