RAKYAT PMTG PAUH SERTA MERTA JADI KESAYANGAN BN - Ref Malaysiakini

Katakan apa sahaja yang anda mahu, sudah tentu 'Santa Klaus' jadi akan memberikannya kepada rakyat Permatang Pauh. Mereka akibat Raja yang berkuasa, apa sahaja yang mereka ingin dan 'gecorkan' sudah tentu akan diberikan. Yang penting mereka mesti berjanji mengundi BN pada hari pengundian.
Begitulah besarnya pengaruh pengundi Permatang Pauh sehari dua ini. Ini semua adalah gara-gara pilihanraya kecil yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.Hendak apa? longkang baru, surau baru, masjid baru, jalan baru, rumah baru hatta gigi palsu baru pun boleh. Pada musim pilihanraya ini sudah tentu ramai pelakon-pelakon hindustan akan muncul.
Ada pemimpin BN yang jarang ke masjid dan surau sudah tentu akan jadi rajin ke surau dan masjid. Ada yang tak pernah pakai kopiah dan tudung sudah tentu beli kopiah dan tudung baru semata-mata untuk berlakon bagi mengambil hati pak cik dan mak cik di Permatang Pauh.
Bagi yang berangan-angan hendak menjadi calon sekarang ini sibuk memasang badan. Ada juga yang sudah memasang kaki untuk mendampingi pemimpin 3 beranak untuk melobi bagi diberi kepercayaan menjadi calon yang bakal bungkus. Namun mereka tidak serik walaupun mungkin bungkus tetapi yang penting populariti dan mungkin banyak duit akan 'masyuk'.
Kalah menang tak kisah. Yang penting popular.Bagi 'penyangak-penyangak' Umno yang memang kaki kebas duit poster, duit makan dan sebangainya inilah masanya untuk menonjolkan diri agar dipilih sebagai ketua pasang poster atau jaga makan minum petugas. Bukan apa separuh bagi pada petugas separuh lagi silap haribulan dapat 'masyuk' poket sendiri.
Anwar beberapa lalu mengumumkan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya pada sebelah pagi.Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.
Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.
Sementara itu perdana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, BN akan cuba merampas kembali kerusi parlimen itu.
BN tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Anwar, katanya lagi selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Mutadee Billah di Putrajaya dua hari lalu.

Comments