PMTG PAUH : WANG RAKYAT TERUS MENJADI HARTA PUSAKA PEMIMPIN BN ~ Ref Malaysiakini

Walaupun dinasihat seribu kali oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat sendiri pemimpin BN terus menerus menggunakan wang rakyat untuk membantu kempen BN di Permatang Pauh.

Tiada rasa segan, bersalah, malu atau berdosa bagi mereka. Memang dasar muka tembok. Begitulah ungkapan yang boleh saya analogikan dengan perangai pemimpin BN yang langsung tidak menghiraukan etika dan prinsip sebagai pemimpin yang diamanahkan memegang dan menguruskan harta rakyat.

Wang rakyat digunakan untuk menggerakkan ribuan anggota keselamatan yang bertugas bukan sahaja mengawal lalulintas bahkan bertindak sebagai 'Spy' mencari maklumat untuk disalurkan kepada pemimpin BN. Malah ada antara 'Spy' yang dibayar gaji oleh rakyat ini bertindak melakukan provokasi terhadap rakyat yang membayar gaji mereka.

Helikopter harta rakayat digunakan oleh pihak keselamatan untuk memantau ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Malam tadi sahaja ketika ceramah di Jalan Baharu berlangsung dua kali helikopter pihak keselamatan melintasi tempat ceramah dan meyuluh kepada para hadirin yang sedang asyik mendengar ceramah.

Kenderaan Jabatan-jabatan, duit rakyat dan sebagainya digunakan untuk menjalankan projek-projek 'segera' yang diluluskan serta merta oleh 'Santa Klaus' jadian yang berkeliaran di Permatang Pauh.

Bangunan-bangunan Sekolah dan lain-lain juga menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN berkempen.

Maka dengan kedurjanaan dan kerakusan pemimpin BN ini, saya mengajak pengundi Permatang Pauh bangkit pagi ini untuk mencipta satu sejarah baru di dalam politik Malaysia iaitu mengundi calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Marilah sama-sama kita bertekad untuk mengalahkan BN dengan pukulan TKO iaitu kita hilangkan deposit calon BN dan AKIM agar selepas ini pemimpin-pemimpin tidak lagi berani menggunakan harta kerajaan dengan sewenang-wenangnya.

Selamat Mengundi dan menguburkan kezaliman, kerakusan dan kedurjanaan BN.

Comments