PMTG PAUH : SIAPA YANG AKAN DIKUBURKAN ~ Ref Malaysiakini

Siapa yang akan dikuburkan Anwar atau Arif Shah akan ditentukan 26 Ogos ini. Khairy dengan angkuh mendakwa Anwar akan dikuburkan oleh pengundi Permatang Pauh.

Pemerhati pula berpendapat BN akan menguburkan Anwar tetapi realitinya RAKYAT AKAN MENGUBURKAN BN dan Arif.

Ramalan pemerhati ini ada asasnya di mana pada hari penamaan calon ini, rakyat sudah memberikan signal apabila jumlah orangramai yang mengiringi Anwar jauh lebih ramai dari penyokong BN. Dianggarkan 50,000 yang bersama Anwar dan lebih kurang 5,000 orang sahaja yang bersama BN dan AlNajib serta Arif.

Manakala sambutan pengundi terhadap Anwar juga jelas memihak kepada Penasihat PKR itu. Ceramah-ceramah beliau mendapat sambutan yang jauh lebih hebat dari ceramah BN. Malah BN terpaksa membawa Lee Chong Wei untuk berkempen di sini.

Hakikat ini sebenarnya disedari oleh jentera BN. Sebab itulah BN terpaksa memperhebatkan kempennya mencaci Anwar dengan isu liwat dan isu-isu lain. Jelas sekali BN gagal menangkis hujah Anwar dari segi ekonomi, negara berkebajikan, harga minyak & barangan juga dari segi kezaliman kerajaan BN.

Selain itu rata-rata pengundi Permatang Pauh tidak yakin Anwar terlibat dengan kes liwat. Begitu juga pengundi-pengundi Permatang Pauh juga merasa sangsi dengan kes rasuah dua orang Exco Perak dari PKR. Mereka begitu yakin dengan kenyataan akhbar Menteri Besar Perak bahawa ada unsur perangkap dan penipuan dalam isu rasuah ini.

Nampaknya walaupun Anwar dan PKR diftinah, ditohmah dan dicaci dengan pelbagai isu tetapi sokongan rakyat semakin bertambah. Semakin banyak fitnah dan tohmah sokongan kepada Anwar semakin meningkat.

Oleh itu saya mencadangkan kepada BN supaya menukar cara berkempen mereka jika mereka tidak mahu dimalukan dengan kekalahan yang teruk pada 26 Ogos ini. Pemerhati politik menjangkakan jika BN terus dengan cara berkempen sekarang kemungkinan besar Anwar boleh menang dengan majoriti lebih dari 18,000 undi.

Comments

Unknown said…
Tok Guru Nik Aziz lebih layak jadi PM? Sila layar blog http://malaysia-united.blogspot.com/2008/08/pas-pm-malaysiakini-report.html