PMTG PAUH : PERAYU UNDI BN LONGLAI SELEPAS JAM 2.00 PETANG ~ Ref Malaysiakini













Tinjauan saya di perayu-perayu undi BN semakin longlai apabila mereka semuanya berehat di pondok panas masing-masing akibat hujan renyai-renyai dan keletihan berbanding dengan perayu undi Pakatan Rakyat yang terus bersemangat tidak bergerak dari medan perjuangan.

Di Peti Undi Permatang Rawa misalnya kebanyakan perayu undi BN tidak lagi berdiri dan merayu undi mungkin upah yang diberikan tidak seberapa.

Pemimpin PKR mendakwa Anwar mendapat 61 % undi berbanding Arif mendapat 39 %.

Sementara itu petugas PR berjaya menangkap 3 buah bas dari Melaka yang dikatakan membawa pengundi hantu dari Melaka.

Sehingga jam 3 petang tadi diberitakan 53.5 peratus daripada 58,459 pengundi keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi. Ini disahkan oleh Setiausaha SPR Kamaruzaman Mohd Nor.

Ramai pemerhati menjangkakan Anwar akan menang tetapi dengan majoriti yang jauh lebih kecil.

Comments