PMTG PAUH : NAJIB TAK HORMATI PENGUNDI ~ Ref Malaysiakini

Apa yang tidak kena dengan gambar ini? Kalau ya pun nak sangat undi pengundi wanita ini, jangan sampai tidak hormat kepada mereka, atau tidak memberikan tauladan yang baik kepada rakyat.

Gambar ini saya ambil dari Utusan Meloya, di mana ianya menunjukkan AlNajib sedang bersalam dengan kaum ibu di Kampung Permatang Janggus (orang Penang kata Matang Jagguih) semalam.

Jelas sekali kaum ibu (ada yang bertudung labuh) itu agak keberatan untuk bersalam dengan Najib, mereka hanya menggunakan hujung jari sahaja untuk bersalam dengan AlNajib. Kaum ibu ini sudah tentu tahu hukum bersalam dengan bukan muhrim. Mungkin juga ada anak-anak gadis yang turut sama bersalam dengan AlNajib.

Walaupun mungkin Islam Hadhari meng'HALAL'kan lelaki dan wanita bukan muhrim bersalam, AlNajib seharusnya sedar bahawa bukan semua kaum hawa di Permatang Pauh 'menganut' Islam Hadhari sepertinya,

Malangnya AlNajib masih terus mahu bersalam dengan mereka tanpa segan silu, tidak ada langsung rasa hormat AlNajib kepada kaum hawa ini.

Kot ya pun nak dapat pancing undi, jangan lah sampai hukum agama diketepikan dan rasa hormat kepada orang lain tiada langsung.

Comments

Starmandala said…
Aiyo, Sofi.... fikiran sempit boleh di kata "software problem" saje. You punya hardware OK tapi nak mengkritikkan Najib sebab dia "shake hand" dengan perempuan... not very promising lah, kepercayaan dan pemikiran serupa ni. Betul-betul Dark Ages!

Ada BANYAK isu lain yg boleh di pakai
menanamkan Najib tu dalam kubur dikorek sendiri.
antares...sape yg berada dalam zaman dark ages ni?..sebab tu bangsa kita hanyut and terus hanyut sebab kita merasakan hukum Allah tu pemikiran dark ages...we have to go back to Quran and sunnah untuk setiap persoalan...when Allah turun kan semua perundangan...Allah tak kata ia hanya sesuai untuk sesuatu zaman sahaja...manusia yg otaknya sempit sahaja akan tengok hukum Allah ketinggalan zaman..semuga Allah kekalkan kita sebagai muslim yang beriman dan bukan hanya muslim keturunan...