PMTG PAUH : MAMPUIH UMNO, RAMLANG PORIGI SOKONG ANWAR? ~ Ref Malaysiakini

Malam tadi 'Imam' yang menjadi saksi ketika Saiful Bukhari bersumpah di Masjid Wilayah tampil di atas pentas PKR malam tadi menjelaskan isu mengapa beliau hadir ketika Saiful bersumpah.

Ramlang Porigi (menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Seperti penjelasannya kepada Malaysiakini Khamis lalu, Ramlang yang juga seorang ahli Umno di bahagian Bukit Mertajam bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful (foto, kanan) kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini.

Nampaknya satu demi satu tembelang Umno terbongkar. Inilah akibatnya apabila Hukum HALAL dan HARAM diketepikan. Allah akan tunjukkan satu persatu di depan mata.

Kepada pengundi Permatang Pauh janganlah Tuan-Puan terpedaya dengan fitnah, tohmah dan tiou helal Umno/BN yang mengamalkan prinsip Matlamat Menghalalkan Cara. Dosa Pahala tolak tepi.

Comments