PMTG PAUH : MALUNYA MUKA AKU ~ Ref Malaysiakini

Kalaulah saya Najib Tun Razak, sudah tentu saya tidak tahu di mana hendak letak muka saya. Selama lebih kurang 10 hari berkampung di Permatang Pauh berbagai perkara yang memalukan telah saya lakukan. Apa lagi yang Najib tidak lakukan, cuba tuan-puan baca di bawah :-

1) Bersumpah tidak mengenali Altantuya - adakah dengan bersumpah boleh meyakinkan rakyat yang beliau betul-betul tidak kenal Altantuya? ~ Rakyat Permatang Pauh dah jawab semalam.

2) Berbagai projek segera, janji dan kata-kata manis dihamburkan oleh Najib kepada rakyat Permatang Pauh dengan menyangkakan rakyat bodoh dan mudah diperdayakan.

3) Sebagai Pengarah Kempen BN ~ Najib membiarkan penyokong-penyokong BN bertindak tidak sopan dan tidak berakhlaq, mempamerkan kata-kata lucah, isyarat lucah, memfitnah, tohmah dan menuduh Anwar dengan tuduhan tidak masuk akal seperti agen Yahudi, agen Hidraf, agen Cina dan sebagainya.

4) Najib menggalakkan atau membiarkan jentera kerajaan dipergunakan dengan sewenang-wenangnya di mana dengan itu duit rakyat hangus semata-mata untuk kempen BN

5) Najib menggalakkan media terus menyerang peribadi Anwar tanpa batas dan tata susila.

6) dan bermacam-macam lagi.

Comments

chekdenoor said…
teringin nak lihat anwar jadi PM dengan segera dan memperbaiki sistem kepolisan dan kehakiman. Muak dengan orang yang menjalankan kuasa tapi angguh dan sombong serta penipu
dariana said…
7. (tambahan) Pagi ni 27/8/08 dlm TV3suku Najib kata PRKecil Permatang Pauh adalah paling ganas dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.Ada 71 insiden kasar dilakukan oleh penyokong PKR???

Lagi2 tohmahan dan tanggapan keluar dari mulut merah beliau,tak serik2.tsunami akan terus melanda BN/Umno.
pedoman said…
syabas pkr, tetapi dalam kemenangan ini terdapat keraguan terhadap pakatan DAP kerana BALING BATU SENBUNYI TANGAN ini kerana pada tempoh berkempen tenpoh hari di Berapit pemimpin DAP ada menyatakan PAS ANGAN_ANGAN MAT JENIN LANGKAH MAYAT PEMIMPIN KAMI DAHULU ini ungkapan-ungkapan yang perlu org melayu perlu ambil berat kerana ada bunga-bunga baling batu senbunyi tangan AGAMA RASMI MALAYSIA akan hanya tinggal sejarah jika orang melayu masih tidak sedar ada batu yang membaling, FIKIR_FIKIRKAN LAH
pedoman said…
KEGANASAN MEMANG UJUD PENYOKONG PKR TELAH TUNJUKKAN PADA PILIHAN RAYA SEMALAM INI DISAKSIKAN SENDIRI MATA SAYA WARGA TUA DITENDANG KERETA YANG MEMBAWA PEMIMPIN BM DI BALING BOTOL DAN KERETA DI TENDANG DAN PADA WAKTU SAUDARA ANUAR MELALUI JALAN YANG SAMA TIADA PERKARA TERSEBUT BERLAKU TINGKAH-LAKU MENCERMINKAN KEPERIBADIAN, DITEMPAT-TEMPAT LAIN SAYA MELIHAT KATA DAN CACIAN BIASA PADA PKR DAN SAYA LIHAT BN MASIH BERSABAR TETAPI APA BILA SERANGAN BALAS MULUT DARI BN PENYOKONG PKR MULA NAIK HANTU DAN TERUS MENYERANG YANG MEMALUKAN CINA HANYA TENGOK DAN KETAWA TETAPI ORANG MELAYU BERGADUH TANPA RASA MALU FIKIR-FIKIRKAN ORANG MELAYU SEKALIAN
Unknown said…
Hanya Penjara boleh menyekat suara Anwar.

Seperti yang kita saksikan di piliharaya kecil Permatang Pauh, BN telah menggerakkan usaha bersekala besar bagi mematahkan kemaraan Anwar ke Dewan Parlimen.

Berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh BN bagi menyekat Anwar memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang keputusannya mungkin boleh diketahui awal malam ini (26 Ogos 2008), termasuklah tuduhan-tuduhan yang mungkin diada-adakan dan direka-reka bagi menjatuhkan kredibiliti Anwar, dari kes liwat hinggalah ke kes rasuah.

Walaupun tuduhan-tuduhan itu belum dibicarakan dan belum diputuskan oleh makamah, tetapi ia sudah cukup untuk mengoyahkan kepercayaan orang ramai terutamanya pengundi di Permatang Pauh terhadap kewibawaan Anwar.

Kelantangan dan kepetahan Anwar sangat digeruni oleh kerajaan BN yang memerintah, oleh itu BN ada sebab yang kuat untuk cuba sedaya yang mungkin bagi menyekat Anwar dapat bercakap di Dewan Parlimen.

Melihat kepada sambutan pengundi-pengundi di Permatang Pauh hari ini yang memberansangkan kepada Anwar memang sukar untuk BN menang dalam pilihanraya kecil itu. Nampaknya usaha melalui cara demokrasi memang BN tidak dapat menyekat kemaraan Anwar ke Parlimen.

Pilihan yang ada kepada kerajaan BN selepas ini bagi menyekat Anwar ialah dengan menggunakan penjara dan makamah sahaja. Kita tidak berasa pelik selepas ini kerajaan BN akan menggunakan BPR, makamah dan polis untuk menahan Anwar dalam penjara bagi kesalahan yang diada-adakan atau direka-reka.
Dalam masa yang sama juga kerajaan BN juga sedang dan akan menghadapkan beberapa orang wakil rakyat dan wakil parlimen dari Pakatan Rakyat ke makamah atas kesalahan rasuah dan salah laku seks yang sengaja diada-adakan dalam usaha untuk menghilangkan kelayakan mereka menjadi wakil rakyat dan wakil parlimen.
Apabila ramai wakil rakyat dan wakil parlimen dari Pakatan Rakyat hilang kelayakan, maka bertambah sukarlah Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seperti yang telah dirancang oleh Anwar sebelum ini.

Taktik yang digunakan pada tahun 1998 mungkin akan berulang lagi, hanya tembok penjara saja yang dapat melenyapkan suara Anwar.