PMTG PAUH : DARI PERMATANG PAUH KE BUKIT KATIL ~ Ref Malaysiakini

Semalam saya bertolak dari Kg Gambir, Jalan Kebun Sireh (tempat penginapan kami) untuk pulang ke Melaka kira-kira jam 6.45 petang. Saya menaiki Urvan baru Sdr Amrang Kassimin bersama-sama dengan 4 orang sahabat lain.

Sepanjang perjalanan saya lihat banyak sekali kereta-kereta penyokong Pakatan Rakyat (bawa bendera PKR) yang menuju ke arah yang sama dengan kami. Namun satu kereta yang membawa bendera BN tidak kelihatan.

Dalam hati saya mungkin penyokong BN malu untuk mempamerkan bendera parti yang jijik lagi menjijikkan ini. Mana tidaknya mereka ini mungkin malu dengan perangai pemimpin dan jentera kempen BN yang tidak segan-segan menggunakan isu liwat, fitnah kepada Anwar dan pelbagai perangai yang menjijikkan.

Kata-kata seperti Anwar kaki punkoq, kaki juboq, main belakang, kaki liwat, agen yahudi, agen kristian, agen Hindraf dan lain-lain menjadi 'siulan' dan 'nyanyian' mereka semasa kempen. Lihat saja gambar gelagat Puteri Umno dan penyokong Umno yang memperagakan aksi liwat, tayang punkoq dan sebagainya semasa hari penamaan calon.

Malah semalam semasa pengundian aksi-aksi sebegini tanpa segan silu diperagakan sekali lagi. Sebagai contoh semasa saya berada di salah sebuah pusat pengundian tidak semena-mena seorang penyokong BN menunjukkan aksi lucah dengan tangannya kepada penyokong Pakatan Rakyat termasuk mak cik-mak cik.

Puteri-puteri Umno dengan seluar jeans ketat, make up setengah kaki tebalnya, T-Shirt ketat menghiasi pondok panas BN dan bersama-sama merayu undi. (Saya kalau ada Ketua Puteri Umno tak kira negeri atau kawasan mana-mana pun tolong tarbiah sikit ahli-ahli Puteri ini, jangan biarkan mereka terus hanyut dengan pakaian-pakain sebegini, kita hidup sekejap sahaja).

Sambung cerita dari Permatang Pauh ke Bukit Katil ......Semasa saya berhenti rehat dan solat di R &R juga saya dapat lihat ramai sekali penyokong Pakatan Rakyat yang berhenti makan. Rata-rata mereka bertanya tentang proses pengiraan undi dan keputusan pengundian tersebut.

"Anwar mendahului di semua saluran, malah di DUN Seberang Jaya pun Anwar mendahului" kata salah seorang Tukang kempen PR dengan semangat.

"Dah dapat majoriti 15,000 lebih, tak lah saya dengar 17,000" sahut seorang lagi.

Yang peliknya boleh dikatakan tidak ada seorang pun penyokong BN yang berhenti ke? detik hati saya. Mereka malu ke nak pakai baju dacing? atau mereka semua dah meluat dengan dacing bisik hati saya.

Tidak lama kemudian, baru lah saya jumpa seorang mak cik (dengan baju merahnya Mak Ngah) yang memakai T-SHirt berlambangkan dacing (yang senget semalam.)

Ha....baru nampak dacing, kata hati saya. Lepas tu barulah nampak pula 3 orang budak-budak belasan tahun yang memakai baju dacing. Agaknya berapa puluh ringgit mereka ini diupah, sedangkan kepala-kepala mereka membaham duit dengan jumlah lebih besar, mereka hanya dapat dua tiga puluh sahaja ...bisik hati saya.

Malang sungguh bagi mereka ini dipergunakan oleh pemimpin untuk bersekongkol melakukan fitnah, melaung-laungkan perkataan kotor dan jijik.

Saya sampai di 'istana' saya pukul 1.10 pagi. Bakal Mujahid kelima saya, belum tidur mungkin nak menyambut saya dan sama-sama berkongsi kesyukuran kerana berjaya menumbangkan parti jijik, kaki pemfitnah yang tidak serik-serik melakukan fitnah, tohmahan dan tuduhan yang cukup menggerunkan. Hukum Qazaf menanti ..........Masya Allah tidak takutkan mereka ini ........

Comments

dariana said…
Ana doakan semoga jihad anta dan sahabat2 diredhai Allah, diberiNya afiat & kesejahteraan dan tahniah kerana dapat berjasa menentang puak2 taghut.

Membangun bersama Islam.. Allahu Akbar!!!