MAHATHIR HIJRAH KELUAR NEGERI MENJELANG 16 SEPT ~ Ref Malaysiakini

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga seteru ketat Anwar Ibrahim bakal berhijrah keluar negeri andainya menjelang 16 September ini Anwar akan menjadi Perdana Menteri.
Mahathir berkata, beliau rela berhijrah ke luar negara jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, seperti yang dilaung-laungkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak mahu individu seperti Anwar yang pernah 'menikamnya dari belakang' ketika menjadi timbalannya dahulu mentadbir negara ini.

''Jika dia (Anwar) jadi Perdana Menteri, saya nak keluar dari negara ini. Bagilah semua pada dia," katanya ketika menjawab soalan daripada seorang peserta pada forum bertajuk Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir yakin Anwar tidak akan berpeluang menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini walaupun beliau yakin memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Beliau memberitahu, kerana terlalu mahukan sokongan, Anwar juga sanggup menolak keistimewaan bangsa sendiri termasuk bekerjasama dengan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang tebal dengan semangat perkauman.
Begitulah dendam kesumat Dr Mahathir terhadap Anwar yang tidak pernah padam walaupun usianya sudah 'larut malam'. Kebenciannya yang meluap-luap terhadap Anwar jelas dibuktikan di dalam kenyataan akhbarnya dalam apa juga isu membabitkan Anwar.
Mengapa Mahathir begitu takut Anwar menjadi Perdana Menteri? Ada apa-apa ke Tun? Berani kerana benar takut kerana salah?

Comments

Nostradamus said…
1. "Baliklah ke India" atau "Balik ke Cina" atau "Balik ke Indonesia" atau "Baliklah ke Pakistan". Yang mana Tun?

2. Balasan keatas kekejaman semasa PM dulu? Tak percaya kuasa Tuhan ke?

3. Siapalah yang dapat sangka mangsa akan hidup dan balik menghantui kembali?

http://patek1472.wordpress.com
"You can run but you cannot hide from God".Someone said this to DSAI,now will this be echoed back to him?
DR SURESH said…
Sebenarnya mahathir ini berasa takut,kalau Anwar jadi PM semua kesalahan dan fiasco dia dlm 22 tahun sebagai diktator Malaysia akan terbongkar.Dia panggil hindraf perkauman,tapi dia `mudah lupa'dia lah bapak perkauman,yg mewujudkan organisaai seperti hindraf,melalui polisi perkauman dia.

Pasal tu dia nak lari keluar negeri,biar dia pergi ke luar negeri baru dia akan faham macam mana perasaan kaum2 bukan bumiputera yg terpaksa berhijrah ke luar negara,akibat polisi perkauman dia.Orang tua ni sungguh pun masa dia sudah sampai ke kubur tapi masih juga berdegil dan menganggap diri nya sebagai intellectual.Orang kata `good people die young'tapi ini ,apa nama mamakthir masih hidup lagi walaupun umur dah masak dan uzur ,pesakit jantung lagi,sebab tuhan hendakkan dia melalui juga kesengseraan rakyat yg miskin terutamanya yg bukan melayu yg dia pijak.zz
malayamuda said…
kalau Mahathir balik ke negeri asal nyer iaitu Kerala pun dia akan memecah belah kan rakyat disana.

Kerala Muslim dan Kerala Hindu akan berpecah belah dan adakan perang saudara.

Mahathir is dangerous racist