KERJA-KERJA PETUGAS MELAKA HARI INI












Petugas-petugas PAS Melaka sibuk membuat persiapan sebelum melakukan lawatan rumah ke rumah mengedarkan risalah. Antara petugas-petugas yang hadir pada hari ini ialah Setiausaha JPN Bahiki Ismail; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, Aminuddin Abdul Jalil, Smep, Wak dan lain-lain.

Hari ini kami menziarahi Flat di Bandar Perda. Sambutan dari para penghuni amat baik di mana mereka memberikan jaminan akan mengundi Anwar Ibrahim. Hampir semua pengundi yang ditemui tidak mempercayai dakyah dan tohmahan BN. Hanya seorang dua sahaja yang menjawab 'No Comment'.

Nampak jelas bahawa BN dan Arif Shah akan di'kubur'kan oleh pengundi Permatang Pauh esok.

Comments