APA MOTIF SYED HAMID BERSUNGGUH-SUNGGUH PERTAHAN SAIFUL ~ Ref Malaysiakini

Penasihat Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam mempertikaikan pendakwaan ke atasnya. Beliau mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.

"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)? Sepatutnya dakwa kedua-dualah," katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik."(Pertuduhan) ini fitnah khianat.", soalnya dengan tegas semalam di Mahkamah Sesyen Jalan Duta.

Lantas persoalan Anwar ini dijawab oleh Menteri Dalam Negeri, Hamid Albar yang menyatakan bahawa Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak dituduh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemuda itu pengadu yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

"Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis, mendakwa kejadian itu berlaku? "Kita mesti ingat juga bahawa Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah," kata anak Jaafar Albar ini kepada pemberita di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Persoalannya sekarang mengapa Med Albar begitu beriya-iya menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Anwar. Ada apa-apa ke Med? Jangan engkau timbulkan prasangka orang ramai kepada engkau Med!!! Saya cadangkan Med balik Kota Tinggi pergi kempen di cawangan-cawangan supaya calonkan Med untuk jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Tinggi sebab khabarnya Med kurang mendapat sokongan Umno cawangan.
Malah ada cawangan-cawangan di sana yang bergaduh, lebih baik Med damaikan mereka dan pastikan ahli-ahli Umno Bahagian Med bermesyuarat secara bertamadun.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Hakim SM Komathy menetapkan kes itu disebut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 September untuk memutuskan tarikh perbicaraannya.

Comments

Nostradamus said…
Q43. Divide and rule exists in all politics and religion. (Fact or Fiction)
Memecah belah dan memerintah terdapat di semua fahaman politik dan ugama. (Fakta atau Rekaan)

Q44. Little Napoleons are the ones ruling Malaysians. (True or False)
“Little Napoleons” sebenarnya yang memerintah rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)

Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)


Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com
Sofian said…
Inilah dia tahap menteri,hakim,peguam negara & ketua polis kita. Kesalahan concensual, orang yang membuat laporan polis tidak di tudoh. Kalau gitu dua orang yang bersetuju sesama sendiri untuk merompak atau membunuh orang, salah seorang membuat laporan polis, orang yang membuat laporan tidak akan di tudoh dan di hadapkan ke mahkamah. Undang-undang mana tah ni....?