AKHIRNYA NENEK FIDAH UMUM NAK BERUNDUR - Ref Malaysiakini

Setelah Tun Mahathir, Ling Liong Sik dan Lim Keng Yaik mengundur diri dari arena politik diikuti Pak Lah yang terasa nak berundur pada 2010, hari ini Nenek Fidah pula mengumumkan untuk mengundurkan diri dari jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Nenek Fidah mengumumkan akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno pertengahan tahun depan.

Bagaimanapun beliau juga akan terus mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan parti pada Disember ini. Alasannya ialah beliau tidak mahu meninggalkan Wanita dalam keadaan berpecah dan mengkucar-kacirkan parti, sama lebih kurang dengan alasan Imam Hadhari berikan untuk pelan peralihan kuasa beliau dengan AlNajib.

Bercakap di majlis 'Wanita Bersama Pemimpin' di Kuala Lumpur pagi ini, beliau turut menyeru kepada pemimpin-pemimpin Wanita bahagian agar percaya pada janjinya untuk meletakkan jawatan itu. (Dari kata-kata beliau ini seolah-olah ada pemimpin wanita yang tidak percaya pada beliau).

Jelas sekali bahawa Nenek Fidah masih kecewa dengan keputusan Imam Hadhari yang 'memencen'kan beliau apabila tidak melantiknya semula menjadi menteri selepas Pilihanraya Umum lalu.

Nampaknya sudah menjadi trend di dalam Umno bahawa pemimpinnya begitu sayang kepada jawatannya masing-masing sehingga begitu liat untuk turun dari 'singgahsana' jawatan tertinggi parti. Sehinggakan hendak berhenti terpaksa beri tempoh tertentu. Inilah bahananya jika perjuangan tidak diasaskan kepada Islam dan moral yang tinggi. Hendak letak jawatan pun sayang dan takut. Ini kerana mereaka tahu pemimpin Umno yang pencen sudah tentu tidak akan dimulia dan disanjung oleh rakyat selepas pencen. Malah ramai dikalangan pemimpin Umno yang dihina dan tidak dilayan dengan istimewa selepas pencen. Berlainan dengan pemimpin Islam. Seseorang ulama' dan ustaz akan terus dimuliakan oleh pengikutnya seperti meneruskan pengajian dan kuliah dimasjid-masjid dan surau-surau.

Oleh itu saya menyeru seluruh pemimpin dan bekas pemimpin Umno supaya cepat-cepat insaf dan kembali kepada Islam dan perjuangan Islam. Jangan tunggu lama-lama.

Comments