Tambang bas pula mungkin akan naik. Kerajaan tidak akan melayan tuntutan menaikkan tambang bas ekspres dan berhenti-henti sehingga 100 peratus tetapi sedia menimbangkan kadar kenaikan yang tidak membebankan para pengguna. Mana kenaikan barangan atau perkhidmatan tidak membebankan rakyat. Beng&^g betul menteri kerajaan Islam Hadhari ini. Dalam keadaan sekarang rakyat sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang, sudah pasti kenaikan tambang bas ini akan menambahkan kesengsaraan rakyat.
Sebenar sebelum kerajaan umumkan kenaikan tambang bas ini sudah banyak pengusaha bas menaikkan tambang secara senyap-senyap terutama bas ekspres. Malah mereka sewenang-wenangnya menaikkan tambang terutama bas tambahan. Tetapi malangnya
Menteri beng$%g ini, Noh Omar berkata, pihaknya akan berunding dengan para pengusaha bas bagi menentukan kadar kenaikan yang sewajarnya menjelang Hari Raya Aidilfitri, bermula pertengahan September ini.
Menteri beng$%g ini, Noh Omar berkata, pihaknya akan berunding dengan para pengusaha bas bagi menentukan kadar kenaikan yang sewajarnya menjelang Hari Raya Aidilfitri, bermula pertengahan September ini.
‘‘Kalau naik sampai 100 peratus, sudah pasti kita tidak akan luluskan. Namun berdasarkan kajian kementerian, kenaikan tambang bas adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan ini sungguh berat bagi kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 kementerian tersebut di sini,semalam.
Itulah jawapan standard menteri Islam Hadhari bila diajukan apa juga masalah rakyat. Orang dah kata jangan naikkan harga minyak mereka bingai dan degil. Suruh turunkan harga minyak mereka kata tak mungkin. Kalau dah bang&%g tu bang%$g situlah. Cerdik tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar.
Mungkin sahaja tambang bas awam akan dinaikkan, tambang bas sekolah juga akan dinaikkan. Maka semua orang yang ada anak menaiki bas sekolah akan terkena tempiasnya.
Maka bersedialah wahai rakyat Malaysia untuk menghadapi satu lagi beban iaitu kenaikan tambang bas. Nak naik kereta sendiri minyak naik, nak naik bas, tambang naik....eloklah kita cari tikar terbang P. Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapok Pasir Berdengong.
Syabas rakyat Malaysia yang mengundi BN, takziah untuk rakyat Malaysia yang mengundi Pakatan Rakyat.
Comments
1. Memang tak akan naik 100%, mungkin 99% sahaja. Alasan yang dikemukakan : kenaikkan kos operasi, kenaikkan harga diesel, tayar dan minyak hitam.
2. Persoalan :
(a) siapa yang menjadi punca kepada kenaikkan ini ?
(b) bagi pemilik kenderaan, boleh claim rebate yang diberikan oleh Kerajaan, untuk menampung kos kenaikkan petrol (sebenarnya tak cukup pun) tetapi bagi mereka yang tiada kenderaan dan terpaksa bergantung kepada pengangkutan awam, apa alternatif yang ada untuk meringankan beban mereka ?