Hanya ada satu jalan sahaja untuk mencegah kemaraan Anwar dari mengepalai Pembangkang di Parlimen dan seterusnya merampas tampuk pemerintahan negara dengan cara seperti yang dilaung-laungkan oleh Anwar sebelum ini.
Anwar sah akan bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh selepas isterinya menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini. Pemerhati politik berpendapat Anwar hampir pasti menang di Permatan Pauh jika beliau ditakdirkan bertanding di situ. Kemenangan Anwar sudah pasti menggoncangkan kedudukan BN lebih-lebih terdapat ura-ura yang ramai ahli Parlimen BN akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat.
Bagi mengekang semua perancangan Anwar mahu tidak mahu beliau mesti dihalang dari bertanding dalam pilihanraya kecil ini.
Jadi caranya ialah menahan dan membicarakan beliau di mahkamah. Walaupun mungkin hukuman tidak dijatuhkan dalam masa terdekat namun beliau boleh dituduh dan tidak dibenarkan ikat jamin sehingga ke tarikh perbicaraan yang mungkin ditetapkan dalam jangkamasa yang jauh dari sekarang.
Atas dasar itulah PKR hari ini meramalkan Anwar Ibrahim akan ditahan dalam "tempoh 48 jam" berhubung kes dakwaan meliwat bagi menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
Ketua penerangannya Tian Chua berkata PKR tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat. "Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," katanya agensi berita AFP.
"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil.".
Ramalan ini kemungkinan besar benar kerana hari ini Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri sendiri mengakui bahawa siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, demikian disahkan oleh menteri dalam negeri.
Hamid Albar berkata terpulang kepada jabatan itu sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau sebaliknya terhadap penasihat PKR.Siasatan selama sebulan itu dijalankan selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada 28 Jun, mendakwa diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.
Jika benarkan dakwaan dan ramalan ini maka sahlah bahawa memang terdapat perancangan jahat dan licik yang dijalankan oleh golongan tertentu untuk mengekalkan kerajaan zalim sekarang.
Namun kita tunggu dan lihat. Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat kita mengharapkan kalian semua bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri tanpa merujuk kepada pimpinan. Jika terdapat apa-apa berita yang disangsikan kebenarannya seperti penganjuran perhimpunan dan sebagainya sila rujuk pimpinan yang berautoriti untuk mengelakkan sebarang provokasi dari pihak tertentu.
Comments
and it isn't about anwar anymore, it is about Malaysia's future.
i hope malaysians don't see this as just another exciting tv soap drama they usually watch and do nothing about it.
the future of our children, our grandchildren lie in our hands now.
it is the defining moment... take the pain to change or keep on sinking lower and lower...