PESTA 'GILA' JAWATAN DALAM UMNO TERUS SUBUR - Ruj Malaysiakini

Seperti biasa pada setiap kali pemilihan Umno, berduyun-duyun pemimpin dan ahlinya menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan samada peringkat, Nasional, Bahagian maupun cawangan.

Semua ini adalah kerana jawatan di dalam Umno akan menjanjikan kekayaan, projek, jawatan tertentu dalam kerajaan atau agensinya, pangkat dan nama. Maka tidak hairanlah berbondong-bondong yang secara terbuka menyanjung diri sendiri, angkat bakul atau 'mengupah' orang lain memuji dan memuja seseorang calon demi untuk menarik perhatian para perwakilan.

Lebih teruk dari itu hampir semua dari mereka menggunakan wang, pengaruh dan kedudukan untuk merasuah, mengugut atau menjanjikan habuan untuk para perwakilan. Ada yang menghabiskan ratusan ribu malah jutaan ringgit semata-mata untuk memenangi sesuatu jawatan. Lagi besar jawatan yang ditandingi lagi besar modal yang terpaksa dikeluarkan oleh seseorang calon.

Semua oini bukan dakwaan kosong tetapi terbukti pada pemilihan Umno lepas apabila, Naib Presiden Umno, Isa Samad; Menteri Umno, Zaid Ibrahim; Exco Pahang, Shahirudin Moin; Bekas Speaker Melaka, Amid Nordin dan lain-lain digantung kerana terlebih dengan rasuah politik iaitu memberikan wang kepada perwakilan supaya menyokong mereka. Malangnya oleh kerana Umno parti yang tidak bermaruah dan tiada harga diri mereka ini langsung tidak dihadapkan ke Mahkamah malah tidak langsung di siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pesta menawarkan diri dan angkat bakul ini sedang hebat sekarang kerana cawangan -cawangan Umno sedang sibuk mengadakan mesyuarat agung. Jadi sesiapa yang bertanding di peringkat bahagian dan Nasional sudah tentu akan memastikan 'orang-orang' mereka memenangi jawatan di peringkat cawangan. Jika orang-orang mereka menjadi Ketua Cawangan atau pimpinan cawangan maka sudah tentu mereka akan menjadi perwakilan cawangan ke mesyuarat bahagian dan akan mengundi dalam pemilihan bahagian. Sebelum itu sudah tentu seseorang bakal calon akan mempengaruhi cawangan supaya mencalonkan nama mereka untuk bertanding di peringkat Bahagian. Itulah strategi politik 'Penggila-penggila' jawatan ini. (Ada jawatan ada 'masyuk' la).

Tidak hairanlah setakat ini, 14 pemimpin UMNO telah menyuarakan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden dan jumlah ini sudah tentu akan meningkat kerana masing-masing memang gila jawatan dan mabuk kuasa kerana di dalam Umno, jawatan adalah projek, jawatan adalah pangkat, jawatan adalah sesuatu yang dibanggakan bukannya amanah yang akan ditanya oleh Allah S.W.T.

Bagi calon-calon yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden sudah tentu mereka terbayang bahawa kalau menang Naib Presiden sudah tentu mereka adalah salah seorang calon yang akan dipilih oleh AlNajib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden selepas Imam Hadhari menyerahkan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri kepada AlNajib.

Maka berlumba-lumba bakal-bakal calon Naib Presiden ini menonjolkan diri untuk menarik perhatian ahli-ahli Umno. Kalau boleh mereka mahukan muka-muka mereka ini masuk surat khabar muka depan tiap-tiap hari.

Bagi calon yang tidak memegang jawatan kabinet atau wakil rakyat, terpaksalah menubuhkan NGO atau badan-badan kebajikan seperti GABEM dan sebagainya guna untuk dijadikan platform menonjolkan diri dan berkempen.

Ada antaranya yang mempunyai rekod buruk dan skandal tetapi masih mahu bertanding kerana mereka tahu perlakuan mereka itu adalah HALAL di sisi Umno. Antaranya seperti skandal seks, melarikan anak Sultan, bawa duit 'cash' berjuta-juta keluar negeri, mengumpul kekayaan, disaman jutaan ringgit dan sebagainya. Inilah Umno parti yang telah rosak dan merosakkan.

Maka sudah sampai masanya ahli-ahli Umno meninggalkan Umno dan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk membina negara berkebajikan, adil, telus dan makmur.

Gambar di atas sekadar hiasan.

Comments

artic turban said…
BUKAN KE ini adat istiadat umno, Dan dengan MENULIS semua di dalam artikal di sini, saya memang hairan ada manusia di sekeliling kita yang berkelakuan macam ini. satu yang saya tak paham dan yan menghairankan hamba dan banyak lagi orang dari pakatan rakyat, kalau ahli2 Pas tahu bahawa umno itu satu parti syaitan dan tak halal segi ugama islam, MENGAPA KAH PERLU AHLI2 PAS (MENGOTORKAN DIRI DAN BERMANDI lumpur DENGAN PUAK babi HARAM INI) DENGAN MENgADAKAN MUZAKARAH/PERBINCANGAN/ TIKAM-BELAKANG. ada kah ini adat janji ikhlas, ketua2 pas kepada rakyat yang sokong pas dalam pru13 lalu. Adakah ahli2 PAS MUNGKIRI JANJI KEPADA KAMI, yang berbangsa malaysia yang mengyokong Pas. tolong jawab macam mana ini bolih berlaku. ADAKAH ini semurahnya maruah ahli Pas hingga sedia tidur sekatil dengan kafir babi umno. Mana maruah orang melayu, kalau macam ini pun bolih bertipu rakyat. AHLI2 PAS PERLU MENJAWAB TIPUAN BESAR INI KEPADA RAKYAT. TOLONG JANGAN JADI BODOH MACAM PUAK SUNDAL UMNOPUTRA.