Saya menggesa Timbalan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan Altantuya seperti surat akaun bersumpah Penyiasat Persendirian Balasubramaniam supaya bercuti dari jawatannya. ni penting supaya tiada sebarang gangguan untuk pasukan penyiasat menyiasat benar atau tidak dakwaan Balasubramaniam itu.
Sepatutnya sebagai seorang yang bermaruah (kalau masih ada maruah), beliau mesti bercuti atau terus meletakkan jawatan kerana kes ini bukannya kes yang kecil tetapi ianya melibatkan kreadiliti, imej dan juga hubungan antarabangsa.
Budaya tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa juga kes yang melibatkan seseorang pemimpin yang diamalkan oleh pemimpin kerajaan ZALIM BN mesti dilenyapkan demi untuk mengembalikan maruah kerajaan dan negara kita.
Lainlah kalau memang pemimpin BN ini muka tembok tak tahu malu. Walaupun sudah terbukti bersalah masih mahu memegang jawatan seperti yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim, Rahim Thamby Chik, Isa Samad dan rakan-rakan Umno 'yang sewaktu' dengan mereka.
Comments
Mengapa DSAI memaksa Bala melakukan penipuan sebegitu rupa? Adakah Bala diugut? Dirasuah?
nampaknya DSAI yang kena bercuti kerana laporan polis terhadapnya atas tuduhan sodomi. Dan beliau masih belum menunjukkan bukti kepada rakyat yang beliau tidak melakukannya.