NAJIB DAN ROSMAH SEMAKIN PANAS... ADA PIHAK KETIGA TERLIBAT DI BELAKANG SAIFUL?

Nampaknya sejak laporan kes li*at Anwar Ibrahim dibuat 28 Jun lalu, bukan sahaja Anwar yang bersusah payah mempertahankan dirinya kini Najib dan Rosmah pula yang semakin tidak tidur nyenyak. Manakan tidak Anwar semalam membuat kenyataan bahawa Saiful sangat rapat dengan Najib dan Rosmah.

Kenyataan Anwar ini semakin memperlihatkan bahawa Najib dan Rosmah terlibat dengan kerja terkutuk memfitnah orang dengan tuduhan yang sangat berat ini.

Penasihat PKR itu mendakwa lagi Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa kali bertemu Rosmah Mansor, selain rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan pegawai khasnya Khairil Anas Yusof.

"Saiful Bukhari mempunyai hubungan yang rapat dengan Khairil Anas, Rosmah dan Najib. Beliau bertemu berulang kali dengan Khairil Anas dan Rosmah," katanya."Beliau bukan pegawai peribadi saya. Beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan Najib."

Mantan timbalan perdana menteri itu berkata beliau akan mendedahkan bukti dakwaannya dalam masa terdekat.

Kata-kata Anwar ini benar-benar mengecutkan perut Anwar dan Najib. Silap-silap haribulan dua-dua ini yang menerima padah.

Melihat kepada senario ini, ada pemerhati politik berpandangan bahawa isu li*at ini sebenarnya mempunyai serampang dua mata iaitu untuk menjatuhkan Anwar-Pembangkang dan Najib. Jika ramalan dan telahan ini betul bermakna ada pihak ketiga yang bermusuhan dengan kedua-dua mereka iaitu Anwar dan Najib yang mencari kesempatan untuk memburuk-burukkan pemimpin ini.

Logiknya ada iaitu Anwar semakin hampir untuk merampasa Putra Jaya dan Najib dikatakan mungkin akan bertanding jawatan Presiden Umno. Maka dari teori ini anda mungkin boleh berfikir siapa di belakang isu ini ..........(untuk menambahkan koleksi orang-orang yang mungkin terlibat di belakang Saiful - sebelum ini orang tuduh Najib sekarang tambah seorang lagi )...SIAPAKAH ORANG ITU?

Comments