MUDAHNYA KAMU MELUPAKAN KEZALIMAN UMNO? ~ Ref Malaysiakini

Nampak jelas pemimpin PAS sudah masuk perangkap Umno apabila terus menerus memperkatakan isu muzakarah walaupun semua orang tahu bahawa isu ini adalah taktik Umno untuk memerangkap PAS.

Saya pun hairan bagaimana ada pemimpin PAS yang termakan dengan strategi bodoh Umno yang diulangtayang setiap kali Umno tersepit. Mengapa ada pemimpin PAS walau di peringkat mana sekalipun mudah terjebak dengan kata-kata manis pemimpin Umno walaupun semua orang tahu Umno dan pemimpinnya memang kaki pembelit dan pembohong. Taktik tradisional Umno sepatutnya sudah dihidu sejak dari awal. Mengapa ada pemimpin yang berani masuk ke dalam lubang yang ada ular ini?
Saya sebagai salah seorang ahli PAS yang sangat sayangkan PAS menerima sms, telefon dan rungutan dari pelbagai pihak samada melalui chatting box, hand phone, telefon rumah, email dan yang sewaktunya pening kepala untuk melayan masalah ini. 'Senjata' yang sepatutnya kita halakan kepada Umno dan BN nampaknya dihalakan kepada pihak lain oleh pemimpin PAS. Apakah segelintir pemimpin PAS ini tidak serik dengan peristiwa hitam tahun 70-an apabila ditipu atas darat oleh Umno atau Perikatan ketika itu.
Mengapa begitu mudah pemimpin-pemimpin hingusan ini melutut kepada Umno sedangkan sebelum ini mereka inilah juga yang lantang mengkritik dengan menggelarkan Umno Zalim, Jahat, Penipu, Laknat dan pelbagai gelaran yang jijik lagi menjijikkan.
Saya mencadangkan pimpinan atasan mengambil tindakan drastik untuk menghentikan semua usaha-usaha muqabalah atau muzakarah serta merta. Tidak perlu kita bermain dengan kata-kata sehingga merunsingkan ahli,penyokong dan rakan-rakan kita.
Kenalpasti siapa lawan dan siapa lawan. Mengapa begitu mudah pemimpin ini melupakan pembunuhan As-Syahid Ibrahim Libya, As-Syahid Othman Talib, As-Syahid Abdul Samad Gol, Professor Zulkifli Mohamad. Mengapa begitu pemimpin ini melupakan keganasan dan kezaliman Umno memenjarakan Allahyarham Ustaz Buniyamin Yaakub, Uztaz Halim Arshad, Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim, Allahyarham Ustaz Othman Marzuki dan lain-lain.
Mengapa begitu senang pemimpin ini melupakan kekejaman Umno menzalimi Ainul dan bapanya Shahrial sehingga masing-masing tidak dapat bertemu di dunia ini. Mengapa begitu senang pemimpin ini melupakan kezaliman Umno memenjarakan seluruh tahanan ISA yang tidak pernah dibuktikan bersalah. Tidak kasihankah kepada isteri, anak-anak, ibu dan ayah mangsa ISA yang masih menunggu insan tersayang pulang.
Mengapa begitu mudah pemimpin ini melupakan ketamakan kuasa Umno sehingga tidak dapat membuat pertimbangan waras dalam isu kenaikan harga minyak. Oleh kerana ego dan tamakkan kuasa mereka sanggup mendera rakyat dengan menaikkan harga minyak dan barangan. Tidak ada langsung kasihan belas kepada rakyat.
Saya mengharapkan isu pertemuan PAS dan Umno dijangka akan diselesaikan pada mesyuarat pemimpin atasan PAS dalam mesyuarat jawatankuasa pusat bersama majlis syura ulama esok.
Mesyuarat itu juga dipanggil sendiri oleh presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat parti di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi.
Kami ahli-ahli PAS amat mengharapkan suatu keputusan konkrit akan terhasil di mana tidak ada lagi sebarang pertemuan atau muzakarah buat masa ini.

Comments

yog7948 said…
Bro.. as i've said before.. Pakatan supporter don't have any grudge at PAS as whole.. but just on some decision makers over there. That three stooges..

The outcome of tomorrows majlis syura will decide the stand people has on PAS. Please don't disappoint us too..

I myself won't trust Awang Hadi, Mustapha Ali and Nash.. if they are willing to go behind TGuru Nik, then they are good for nothing.. even tuan Mahfuz has to lie coz them. they are the same specimens as any UMNO inept. That is my sincere view.

Hope.. they could proof us wrong tomorrow. They can't corrupt Tuan Guru Nik.. He is a Muslim.
malayamuda said…
PAS prostitutes Islam for political gains

UMNO prostitutes Islam and the Malay race for political gains.

Both UMNO and PAS are like Bapak Ayam

I tak faham la. Biler memburukkan nama Agung/Sultan/Raja semua bingung. Boler memburukkan nama agama Islam dan nama org Melayu utk kepentingan politik satu habuk pun tak peduli.......

Biler org Denmark burukkan Islam semua nak protes, biler Islam hina Islam semua OK
Nizam Gtz said…
"Laa Ila ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Mina Dzalimin..."

"Rabbana Dzalamna Amfusana Wa Illam Taghfirlana Watarhamna Lakunnannaminadzalimin..."

Seperti yang saya pernah perkatakan... Bersangka baiklah kamu walau dengan musuh... Hari ini kamu mengimbas kejadian-kejadian yang kamu sangkakan semuanya berlaku kerana kezalimann UMNO... Terbuktilah kamu terlalu berdendam dengan UMNO sehingga tidak melihat sendiri kezaliman diri sendiri...

Namun begitu, tidak lah terlalu kejam jika dibandingkan dengan perjuangan Hassan Al-Banna dan Jamaluddin Al-Afghan. Namun, mereka tidak langsung menyalahkan pemimpin negara sendiri kerana mereka sama seagama...

Kenangilah kamu di zaman Junjungan Besar kita... DI mana kau Auz boleh melupakan kesalahan Kaum Khazraj, begitu jua sebaliknya... Dan Yahudi terus ternganga...

Kembalikan nostalgia kekuatan iu dengan bersatu padu...

"Berpeganglah kamu dengan Tali ALLAH dan jangan kamu bercerai-berai"

Sesungguhnya, pengetahuan kita sering terbatas kerana kita adalah hambaNYA di muka bumi... Walaupun sebagai Khalifah... kita perlu tawadu' dan mempraktikkan sifat2 mahmudah yang lain...

Oleh yang demikian, yang baik itu terimalah sebagai asbab dariNYA... Yang buruk itu, minta dimaafkan di atas kekurangan diri ini...

Wassalam
boredoomerz said…
malayamuda said :
"PAS prostitutes Islam for political gains
UMNO prostitutes Islam and the Malay race for political gains.
Both UMNO and PAS are like Bapak Ayam"

with all due respect, kindly point out the reasons why you're exclaiming PAS of manipulating Islam for their political gains to the point of qualifying them to be called the pimp and Islam as the vic.
hell, kindly be brave enough to express your dissapointment to the higher positions of PAS as to relieve yourself from any propesterous doubts that have influenced you.

Bro, kalau u rasa PAS bukan yang terbaik dari segi pelaksanaan tuntutan syariat Islam, u sama ada boleh:
a) join PAS dan "tunjuki" mereka jalan yang sebenarnya.
b) tubuhkan parti politik baru yang lagi Islam dari PAS
c) atau mungkin u boleh tubuhkan NGO yang tiada kepentingan politik yang memperjuangkan syariat Islam secara menyeluruh.
d) atau join Tabligh.

Sebenarnya kenyataan Tuan Guru Nik Abd Aziz bukan bersifat jemputan, tetapi lebih kepada kecaman kepada org Umno supaya kembali ke pangkal jalan. Tapi dek manipulasi media massa, banyak org salah faham niat sebenar Tuan Guru. Tapi biasala, org agama memang seringkali disalah tafsirkan oleh org kebanyakan, khususnya mereka yang berniat pesong. Tapi tak kisahlah, sbb keredhaan ALLAH akan selalu bersama mereka yg beriman.
Unknown said…
Now, heres what i dont understand. If UMNO were really sincere, why dont they offer to merge with PAS in the states where they control! and give up the Mentri Besar-ship to PAS. Say in Johor, Negri, Trengganu , Melaka or Pahang?

Why does it have to be in states held by Pakatan? states like Perak and Selangor ??? Why? Why??? Why??? Why???

You can tell here its because they want to create a backdoor opening back into power, PAS should ask those UMNO dogs to join up first in those states and ask UMNO dogs to give them the Mentri Besar post and see what happens......those UMNO dogs will laugh in their faces!!!!!

they will never give up their own states, wake UP PAS!!!!!
malayamuda said…
my point is kembalikan Islam dan kedaulatan Melayu kepada Sultan/raja seperti termaktub dalam perlembagaan negara.

kalau nak jadi ahli politik guna isu2 kepentingan rakyat secara am untuk mendapat sokongan, nih u nak jadi champion Islam dan satu lagi nak jadi champion Melayu buat ape ?

Kan isu2 agama dan isu2 kaum dah lama bawah Sultan? u org ambik alih buat ape ?