MOHD ALI CUBA NAK JADI JAGUH

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam cuba menjadi juara orang Melayu apabila cuba membangkit beberapa perkara sensitif yang mungkin tidak disukai oleh masyarakat Bukan Melayu.

Umno yang semakin dilupakan oleh rakyat sekarang ini terpaksa menggunakan isu ketuanan melayu dan kedaulatan bangsa Melayu untuk meraih sokongan rakyatberketurunan Melayu menyokong Umno demi 'survival' Umno masa depan.

Maka tidak hairanlah kita seluruh kepimpinan Umno cuba meniup api perkauman ini untuk meraih sokongan Orang Melayu.

Di dalam blognya Mohd Ali menukilkan ayat-ayat di bawah ini :

Jika itulah arah tuju pemikiran mereka maka sudah sampailah masanya bagi bangsa Melayu ‘menari mengikut gendang’ bukan Melayu ini. Wajarlah perkara-perkara ini dibangkitkan:

1. Kerakyatan mereka dikaji semula,

2. Jika masih mahu tinggal di tanah air ini maka mereka hendaklah berasimilasi dengan masyarakat Melayu seperti mana kaum mereka tinggal di Amerika, Eropah, Indonesia dan Thailand,

3. Hanya satu sistem pendidikan rasmi iaitu sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penghantar, selaras dengan kedaulatan Artikle 152, Perlembagaan Persekutuan,

4. Peratus penduduk Bumiputera ialah 66.6%. Oleh itu, semua jenis hakmilik dan peluang untuk Bumiputera hendaklah sekurang-kurangnya 66.6%, dan

5. Bumiputera mempunyai Hak-hak Istimewa di bawah Artikle 153, Perlembagaan Persekutuan. Secara kuantitatif, ia hendaklah diterjemahkan sekurang-kurangnya bernilai ekstra 15%. Contohnya, kuota biasiswa dan kemasukan ke universiti ialah 81.6% (66.6% + 15%)! Mengapa bangsa Melayu hanya diberi 55% dan mereka pula diberi 45% sedangkan share penduduk mereka hanyalah 33.4%?

Kita meminta sedekah di kampung sendiri dan mereka pula tidak tahu bersyukur; malah menghina kita pula!

Apa tujuan beliau memmbangkitkan isu di atas. Adakah untuk menakutkan masyarakat Bukan Melayu (Bukan Bumiputera).?

Saya ingin mengajukan persoalan di bawah untuk Mohd Ali :-

1) Parti mana yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun yang merealisasikan dasar di atas? Kalau jawapannya Perikatan dan BN (memang pun) tak perlulah Ali Rustam berlakon untuk menjadi jaguh Orang Melayu kerana Umno lah yang menggadaikan semua kedaulatan dan kepentingan Orang Melayu. Baru sekarang beliau sedar? Atau beliau mempunyai agenda sendiri untuk menarik sokongan Orang Melayu di saat Umno semakin dilupakan oleh Orang Melayu.

2) Kelonggaran dari segi kerakyatan, ekonomi, pendidikan dan sosial semuanya telah lama dipersetujui atau dibiarkan oleh Umno sebagai teras Perikatan dan BN, ianya telah menjadi realiti dan tradisi serta sudah sebati dengan masyarakat Malaysia selama puluhan tahun sejak kita merdeka. Mengapa sekarang mahu diungkit?, sedangkan pada masa Umno dan BN kuat dulu, Mohd Ali dan pemimpin Umno lain asyik dengan kemewahan dan hiburan sehingga tidak menyedari itu semua. Sekarang mereka 'tersedar' bukan kerana untuk kepentingan Orang Melayu tetapi untuk kepentingan Umno dan BN.

Jangan berpura-pura dan berlakon!!!!

Comments

Anonymous said…
Salam,

Saya rasa ada yang tak kena dengan you punya analisis.

Ini kerana Ali Rustam bercakap bukan bagi pihak dirinya sendiri tetapi untuk seluruh kaum Melayu dan khususnya Melayu di Melaka (450,000 orang) dan di dalam UMNO (3 juta ahli). Saya rasa beliau tidak mempunyai apa apa agenda tersembunyi melainkan jika persoalan yang you bertanya di atas hanyalah untuk memperkecilkan usaha beliau untuk mempertahankan maruah Melayu secara amnya.

Apabila kaum lain bercakap seolah olah tanpa memikirkan hati dan perasaan kaum Melayu, maka adalah menjadi tanggungjawab bagi pemimpin Melayu untuk menjaga kepentingan kaum Melayu semua. Saya percaya jika bukan Ali Rustam yang mengutarakanya dahulu, pemimpin Melayu dari parti PKR dan PAS juga akan berkata perkara yang sama jika maruah dan kuasa Melayu makin terhakis dan dianak tirikan oleh permintaan permintaan melampau dari kaum yang lain. Contohnya ; (papan tanda, karpal singh,biasiswa bumiputera, hari ini kaum Singh juga mahu menggunakan nama ALLAH!! dll).

Melainkan pemimpin Melayu di dalam parti Melayu seperti PKR dan PAS sudah buta hati dan gelap mata dalam memperkecilkan hak hak keistimewaan Melayu, maka tanggungjawab tersebut harus dipikul oleh pemimpin Melayu yang lain. Di sini, Ali Rustam menjalankan tanggungjawab yang automatiknya diamanahkan oleh seluruh kaum Melayu dalam mempertahankan maruah bangsa mereka.

Diingatkan, jika hanya ingin melaungkan bahawa tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana hak keistimewaan kaum Melayu sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia, tetapi dalam masa yang sama ada beberapa gerakan gerakan dari kaum bukan melayu untuk menghakis sedikit demi sedikit hak kita dan keistimewaan kita yang sedia ada, maka anak cucu kaum Melayu yang akan datang akan menyalahkan kita sekarang ini apabila yang tinggal hanyalah nama Melayu sahaja di masa akan datang.

Ali Rustam bukan hendak menakutkan kaum kaum bukan melayu yang lain. Akan tetapi, permintaan permintaan yang makin menjadi jadi dari kaum kaum lain telah terlebih dahulu menimbulkan perasaan takut kepada kaum Melayu. Jika kaum Melayu sendiri mentertawakan usaha Ali Rustam tersebut, maka amat menyedihkan sungguh nasib kaum Melayu ini. Ada dikalangan kita sudah menjadi duri dalam daging untuk bangsa sendiri. Adakah mereka ini akan menjadi Raja Mendeliar dan Si Kitul?

Bukan pemimpin UMNO sahaja yang patut ‘tersedar’. Orang Melayu secara keseluruhannya, tidak kira darjat atau fahaman politik harus di kejutkan dari mimpi yang melalaikan. Laungan rhetoric seperti badan kehakiman bebas dan meritokrasi tidak akan bermakna jika kaum mereka sendiri yang berjumlah 17 juta orang ditindas dan miskin di bumi sendiri!

Sekian,

Wassalam.

Ikhlas