MANA LAPORAN POLIS SAIFUL? - Sumber Malaysiakini

Mana perginya Laporan Polis Saiful Bukhari Azlan. Mengapa begitu susah Polis mengeluarkannya untuk diberikan kepada Anwar Ibrahim. Bukankah orang yang dituduh berhak mendapatkan laporan tersebut. Mana punya undang-undang kamu pakai da?
Sejak dari hari pertama laporan dibuat (28 Jun) Anwar dan peguamnya memohon untuk mendapatkannya namun pelbagai alasan diberikan. Demokrasi kah ini? Mengapa susah dan mahal sangat harganya? Biasanya laporan itu harganya RM2.00 bukannya RM2Bilion ringgit macam kerajaan 'bail out' syarikat-syarikat kroni.
Apa muslihatnya? Ada udang disebalik mee ka? Apakah babak 'drama 1998' akan berulang lagi?Semuanya menjadi persoalan yang berlegar di dalam kepala kita manusia yang waras. Hanya manusia yang tidak siuman atau separuh siuman sahaja yang redha dan tunduk dengan alasan pihak berkuasa.
Mahukah kita semua menjadi manusia yang tidak waras? Kalau saya sudah tentu saya tidak mahu termasuk dalam jemaah tidak waras ini. Atau mungkin ada manusia yang waras tetapi buat-buat tidak waras demi untuk menjaga periuk nasi, takut-takut nanti dapur tak berasap.
Jangan kita hanya mementingkan perut sahaja kerana berkata benar dan bersama-sama dengan pihak yang benar adalah tuntutan agama. Sebab itu salah satu dosa besar di sisi Islam ialah SAKSI BOHONG kerana akibatnya sangat dahsyat sehingga seorang yang tidak bersalah pun boleh dihukum oleh sebab SAKSI BOHONG. JAUHI GOLONGAN TIDAK WARAS INI.

Comments

Unknown said…
100% agreed with your comment!
Sampailah masa bagi Tuhan yang berMahakuasa memusnahkan orang-orang yang berpura-pura tak waras tu!
Unknown said…
memang semuanya yang terlibat sudah tidak waras! klon mahathir kot?

yang amat dikesali ialah sikap merendahkan/memperbodohkan mentaliti rakyat -

semua mereka ini menganggap rakyat bodoh!
tpm
Menteri
Polis
dak ajih said…
KONSPIRASI. BN akan hancur Pilihanraya akan datang! Mari kita tengok nanti apa akan jadi pada orang2 UMNO. Tunggu BN tunggu!