LAPORAN KE JAWI TAK BOLEH PAKAI - Ref Malaysiakini

Bagi saya laporan Anwar ke Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan tentang kes liwat tidak memberikan kesan besar kerana sudah pasti ianya akan diketepikan oleh pihak berkuasa. Kita semua tahu negara kita bukanlah negara yang mendaulatkan Islam. Malah Islam hanya digunapakai untuk nikah kahwin, cerai-berai, harta pusaka dan faraid sahaja.

Malah hukuman seperti zina, khalwat dan sebagainya yang diadili oleh mahkamah syariah pun tidak menggunakan hukuman Islam sebenar. Hukumannya ialah denda dan penjara yang menyimpang terus dari Islam. Orang yang ada duit boleh membayar denda dan terlepas. Malangnya mereka ini tidak akan terlepas dari hukuman Allah di Akhirat kelak. Tidak sebagaimana hukum Islam dimana pesalah yang dihukum dengan hukum Islam di dunia akan terlepas dari hukuman di Akhirat.

Dalam kes Anwar adalah jelas Saiful gagal membawa empat orang saksi dan sudah tentu kegagalan membawa saksi ini menyebabkan Saiful boleh dihukum di bawah hukuman qazaf.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membawa hujah ulama muktabar sewaktu memberikan kenyataannya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung aduan qazaf terhadapnya bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Anwar membuat aduan terhadap pemuda itu - yang mendakwa diliwat olehnya bulan lepas - pada 9 Julai lalu agar jabatan agama itu menyiasat Mohd Saiful bawah kesalahan tuduhan palsu bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Selepas pertemuan selama dua jam setengah, Anwar berkata hujah itu dikumpulkan oleh ulama usul fekah tersohor Dr Taha Jabir al-Ulwani yang menyebutkan qazaf bagi tuduhan liwat terpakai seperti tuduhan zina. Mantan timbalan perdana menteri itu ditemani oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman.Sementara itu, para wartawan telah berkumpul di rumah Anwar di Bukit Segambut sejak jam 5.30 pagi tadi susulan ura-ura yang mengatakan beliau mungkin akan ditahan dan didakwa atas tuduhan liwat.Bagaimanapun tiada apa yang berlaku dan Anwar tiba di pejabat JAWI pada jam 10.30 pagi.

Dalam sidang media yang sama, mengulas desas-desus beliau ditahan sekali lagi dalam tempoh terdekat, Anwar berkata: "Saya tidak tahu hendak menjangkakannya. Tetapi menurut undang-undang, tatacara profesional, apabila sudah tidak ada asas dan alasan, kenapa patut polis menimbangkan untuk terus mendakwa (saya)?"Beliau seterusnya mengecam ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan menyifatkan siasatan polis dalam kesnya ini sebagai usaha "membalas dendam politik" terhadapnya sejak 1998.Penasihat PKR juga berkata beliau tidak risau dengan hasil pemeriksaan terhadap Mohd Saiful di hospital Kuala Lumpur (HKL) jika ia dijalankan secara profesional.

"Tahun ini, kita ada sedikit ruang, sebab itu kita dapat laporan doktor. Bahkan laporan HKL, saya tidak bimbang sama sekali. "Soalnya apakah ada kemungkinan (laporan di HKL) selepas itu dikoyak dan dipinda," katanya.Disoal sama ada beliau pernah melihat kandungan laporan HKL terhadap pemuda itu, Anwar berkata "tidak".Ditanya sama ada Mohd Saiful telah dipanggil oleh JAWI untuk membantu siasatan kes qazaf, Anwar menjawab:"Saya tidak tahu. Tentunya dalam prosedur bahagian penguatkuasaan, mereka terpaksa panggil Saiful, tuan empunya kondo dan saksi lain yang terlibat dan juga polis.

"Ditanya oleh wartawan adakah beliau mengemukakan fakta laporan perubatan Hospital Pusrawi kepada Jawi, beliau menjawab:"Saya telah menyebut (fakta laporan tersebut) dan mereka tentunya akan merujuk kepada doktor berkenaan untuk memberi keterangan," katanya.Laporan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful oleh seorang doktor di hospital swasta itu, empat jam sebelum diperiksa di hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun - hari laporan polis dibuat, didakwa tidak menunjukkan pemuda itu diliwat.

Bagaimanapun Hospital Pusrawi petang ini menjelaskan pemeriksaan terhadap pemuda itu "tidak berkaitan kes liwat".

Comments

Unknown said…
shiagxlmwhat specialist is needed by Puswari????

these shitheads dont know what the hell to do, this is the first time i heard of specialist sodomy examination……u know why???

i would bet since 1957 Merdeka, DSAI is the second male-male sodomy accused!!! they where got experience?

whos the first? Him ALSO!!!!! and thats proven trumped up!!!!