HAI ANGKAT BAKUL KE ....TIAP-TIAP HARI KELUAR PAPER

Ada kawan-kawan yang menegur saya kerana boleh dikatakan tiap-tiap muka saya tersiar dalam sebuah akhbar harian. " Hai popular nampak, muka hensem tiap-tiap hari masuk paper" ; "Baru ni saya nampak gambar abang dalam paper" ...itu antara sindiran dan kata-kata kawan-kawan kepada saya. Memang terasa malu juga seolah-olah nak mencari 'sesuatu', namun saya gagahi juga amanah untuk mempromosikan PAS ini ............lepas ini kalau ada orang lain ......tafaddhal (betul ke ejaan tu).

Bukan niat saya untuk mencari populariti atau glamour. Semua ini atas niat saya untuk memberitahu sekelian rakyat bahawa PAS sentiasa bersama dengan rakyat dalam apa isu sekali pun. PAS mesti dilihat sebagai gerakan massa yang sentiasa bersedia untuk jatuh bangun susah senang bersama rakyat marhaen.

Di Melaka ini PAS memang kurang dikenali lebih-lebih lagi kita tidak mempunyai walau satu pun kerusi DUN. Rakyat terbanyak juga kurang pasti apakah PAS ujud atau tidak di Melaka. Lantaran itu PAS mesti tampil untuk mendampingi rakyat dan mengambil tahu apa juga masalah rakyat. Mungkin kita tidak dapat memberikan apa-apa bantuan berupa wang ringgit atau barangan. Namun sekurang-kurangnya kita dapat memberikan khidmat nasihat, cadangan, idea bernas, nasihat, motivasi dan lain-lain. Saya berpendapat khidmat seperti ini juga amat bernilai kepada mereka.

Kita menegur, mengkritik dan menasihat sesiapa sahaja atas kebenaran dan hak. Yang HAK kita wajib kata HAK dan yang BATIL wajib kita kata BATIL dan kita tentang.

Jumpa lagi.

Comments

kelantanees said…
Takpa tuan,silakan...anta teruskan perjuangan.yg lain tu serah pada Allah jer..orng ni memang mcm tu,tak penahnya berkenan di hati.ada jer yang tak kena.

Kami lebih berbangga lagi bila anta selaku mantan boss kami berani tampil di media arus perdana semata-mata nk promosikan Islam yg di bawa oleh PAS.juga mendekatkan rakyat melaka ni kpd Pas yg rata-ratanya amat naif tentang perkembangan parti islam ini.

InsyaAllah kami akan sentiasa mendokong serta menyokong apa saja kebaikan yg anta lakukan.

Teruskan langkah kearah memasyarakatkan PAS...Taqbiirr..


DPPKBK
Unknown said…
boleh sy tahu akhbar apa yg tuan maksudkan..nak tgk jugak..nak tlong promosi jugak...

TAKBIR!!!
kelantanees said…
Sila baca sinar harian edisi Melaka &
N.Sembilan.

Cari artikel yang ditulis tentang aktiviti@gerak kerja PAS sekitar negeri Melaka.
Unknown said…
ok..syukran jaziilan..