DENGARLAH KELUHAN PENGUNDI PAS - Ref Malaysiakini

Saya coretkan di sini sms yang saya terima dari pengunjung blog ini yang saya rasa ikhlas dan tiada kepentingan apa-apa selain dari ingin melihat PAS terus berjuang seperti sebelum ini.
"Nama saya A#@% X^&@!@ (Nama saya rahsiakan), seorang peguam kristian dari KL. Saya amat terharu dengan artikel di laman web anda mengenai niat UMNO untuk mengajak PAS. Saya telah kempen bertungkus lumus di serantau KL dan S'gor untuk umat kristian mengundi PAS (di kawasan yg bertanding dengan UMNO) di PRU 8 Mac ini. Tolong pesan kepada pengerusi PAS jangan hampakan orang kristian (dan rakyat bukan Islam lain) dgn bergabung dgn UMNO. T kasih."
Saya juga terharu dengan sms ini yang jelas amat prihatin dengan PAS. Oleh itu saya secara peribadi merayu kepada pimpinan tertinggi PAS supaya tidak melayan sebarang soalan dari media tentang muzakarah bermula dari sekarang.

Saya sarankan Tuan Guru Presiden dan Mursyidul Am supaya membuat kenyataan menegaskan tiada muzakarah lagi selepas ini dan jadikan ini sebagai kenyataan akhbar terakhir mengenai Muzakarah. PAS Pusat juga mesti mengeluarkan pekeliling melarang sesiapa sahaja pemimpin di semua peringkat membuat kenyataan akhbar mengenai muzakarah dan sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan yang sesuai dengan kesalahan tersebut.

Comments

CHee XtheMan said…
Saudara,

Saya amat menyakit hati dengan PAS berbaik-baik dengan Umno. Adakah PAS memperjuangkan Unity Malaysian or Unity Malayu ? What is the slogan "PAS for ALL" means?
We non-malay or non muslims voter wants PAS to address non-muslim clearly the direction of Pas ?
PAS has LIED to rakyak for meeting with Umno. We rakyat do not want PAS to lie again. Lie is DOSA !! disegi Agama mana-man pun.

Jangan main kayu tiga ! Kalau PAs mamang suka kat Umno ... cakap saja. Tak pakya main kata-kata manis. Be true and be gentleman.
Malaysia said…
Kenapa tidak mendengar keluhan orng melayu beragama Islam dari kampung,Desa,bandar & seluruh Malaysia yang ingin kan melayu bersatu kembali setelah apa yang telah dilalui..begitu perit & terseksanya bila melihat sebangsa & seagama tiada sefahaman.Walaupun berbeza politik apasalahnya jika ada masalah membabitkan dengan agama & bangsa sendiri para pemimpin duduk semeja berbincang untuk mengatasinya..demi masa depan Islam & generasi akan datang..
Melayu, melayu, melayu... it's all about melayu. I'm a melayu, I never can't understand some malay people's obsession with their melayuness.

Am sick and tired of listening to this issue over and over again;

Can't we just live peacefully side by side with the non-melayus and the non-muslims.

Aren't we all human and God's creatures?

One more thing, please laa Islam is for all NOT just for the Malays and Arabs.