ALI RUSTAM TERSILAP BODEK


Ali Rustam dalam Blognya baru-baru ini cukup tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim tentang isu minyak. Antaranya Ali Rustam berperi bahawa beliau membantah sekeras-kerasnya jika debat antara menteri penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim disiarkan secara langsung oleh radio dan televisyen Malaysia (RTM).

Malah beliau berkata ia ibarat mengambil keris dan menikam diri sendiri. Ia tidak relevan dan tidak wajar untuk memberi publisiti murahan kepada penasihat PKR itu.Kenapa kita harus termakan dengan provokasinya untuk menurunkan harga minyak dengan bertindak mahu berdebat dengannya dan kemudian disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen, terutama yang dimiliki oleh kerajaan BN. Begitulah takutnya Ali Rustam.

Memang minda Ali Rustam ini minda kelas ketiga, mindanya sama dengan minda guru-guru KEMAS kampung mentang-mentang beliau dulu kerja KEMAS jadi mindanya pun masih bermindakan KEMAS lagi.

Orang lain termasuk pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat telah jauh ke hadapan dari segi pemikiran dan cara bertindak, Ali Rustam masih jauh terkebelakang. Patutlah beliau masih mengamalkan politik purba kala seperti menyaman Sekolah Tadika PASTI, mengarahkan poster ceramah PAS dikoyakkan, jawatan dalam kerajaan negeri hanya untuk ahli Umno, kontrak kerajaan negeri hanya untuk orang Umno dan lain-lain tindakan yang tidak bertamadun dan disifatkan tidak cerdik.Ali Rustam tersilap percaturan, beliau ingatkan bantahan beliau disokong oleh pemimpin Umno lain, malang bagi Ali Rustam apabila Pak Lah sendiri menyokong debat itu.

Pak Lah kata DEBAT ANWAR-SHABREY... BAGUS ... beliau menyifatkan debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran Agendadaily sebagai "bagus". Katanya kepada Agendadaily di pejabatnya di bangunan Parlimen semalam, beliau yakin Shabery mampu mempertahankan dasar kerajaan.Maka malulah Ali Rustam apabila bantahannya tidak disokong oleh Pak Lah. Mana kaki pembodek ini nak sorok muka hah ............

Comments

sekurang2nya ali rustam bg kat org melayu mendapat projek..dan jawatan dlm kerajaan..bukan nya org pkr dan pas terpaksa bg cina..pas dan pkr dah mcm pelacur paksaan..
azhar said…
a'salam...
aku ingat mati shabery tu kena ko dengan brother anwar..depa dah nak kena jerat..publisiti free untuk anwar..salute untk brother anwar..atas dasar ape shabery nak pertahankan..
habisle shabery...
azhar said…
a'salam..
untuk shadan..masalahnye ali rustam bagi kat melayu..kemudian lum sump kat cine..senang kerje..itu lagi bahaya..kos tinggi..
dgn cine kire betul..murah jimat kos..duit tu boleh bagi pade yg berhak ..daif..miskin..bagi pinjaman mudah untuk golongan mustadafin..
tak gitu ..kite selesai masalah rakyat terbanyak..marhaen..
kelantanees said…
shadan ni...balik-balik cerita melayu..sedar ler sikit politik bangsa membawa kehancuran.hanya Islam yg mampu membela keAdilan...pas tu nak bercakap lak takda fakta langsung.

Ko tahu ke yg ali rustam tu bagi kt Melayu yg mcm mana...kang bila aku cakap BODO ko marah...

Tapi tu ler dia....