YA BE DE BE DU !!!!!!! ABE MAK BULEH NNIKOH SORE LAGI

Itulah ungkapan yang mungkin diluahkan di dalam hati Cik Mat Drebar Lori dari Merchang, Marang Terengganu apabila Mahkamah meluluskan permohonannya untuk beristeri empat semalam.

Selepas empat kali naik-turun mahkamah, hasrat pemandu lori, Mohamed Nor Awang, 57, untuk berkahwin kali keempat akhirnya tercapai apabila permohonannya untuk berpoligami lagi diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu semalam.

Memang Cik Mak (Mat dalam loghat Kelantan dan Terengganu disebut Mak) memang betul-betul berusaha untuk mendapatkan kelulusan mahkamah sebab itu beliau tidak jemu-jemu turun naik mahkamah. Syabas Cik Mak.

Apa ilmu yang Cik Mak pakai sehingga semua isterinya turut sama memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya untuk beristeri empat tidaklah kita ketahui. Mungkin kita kena belajar dengan Cik Mak ilmu tersebut.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail membuat keputusan tersebut mengikut Seksyen 21 Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu selepas mengambil kira kepentingan semua pihak terlibat termasuk keterangan serta pengakuan tiga isteri pemohon sebelum ini yang membenarkan suami mereka berkahwin empat.

Menurut hakim, beliau turut mengambil kira kehendak bakal isteri keempat Mohamed Nor iaitu Suzi Sulong, 34, yang tidak mahukan lelaki lain sebagai suami kecuali pemandu lori itu.

Hakim juga membuat keputusan itu selepas mendapati Mohamed Nor tetap dengan keputusannya untuk menikahi Suzi berdasarkan kesungguhannya hadir ke mahkamah sebanyak empat kali untuk perbicaraan selain tidak mahu melihat pemandu lori itu tertekan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja.

``Atas dasar kepentingan pihak-pihak terlibat iaitu Cik Mat, keluarga isteri dan bakal isteri yang telah berumur 30-an, mahkamah terpaksa memberi `ruksah' iaitu mahkamah perlu menimbangkan keperluan Cik Mat untuk mendapatkan seorang lagi isteri.

``Setelah saya dengar keterangan Cik Mat dan isteri-isteri yang ada saya buat kesimpulan Cik Mat mampu jalankan tanggungjawab walaupun pada mata kasar orang lain melihat tidak cukup (pendapatan) tetapi bagi isteri-isterinya ia mencukupi dan sanggup bekerjasama membantunya.

``Maka berpandukan enakmen ini saya meluluskan permohonan Cik Mat untuk berkahwin dengan perempuan yang diidam-idamkan itu, tahniah,'' katanya.

Comments

tahniah che mat, mu lelaki sejati...jgn jd anwar dah..main belakang...tahniah che mat..