Saya terpanggil untuk 'mengetuk' keyboard menulis tentang kampung sendiri setelah membaca laporan Harakahdaily hari ini. Laporan itu memuatkan gambar sebatang jalan dalam kampung saya. Lebih manis lagi laporan itu disediakan oleh kekanda saya sendiri blogger darigaunghati (http://darigaunghati.blogspot.com/).
Saya tidak malu untuk mengaku bahawa kampung saya sendiri yang bernama Lubuk Kulit cukup ketinggalan dari segi infrastruktur jika hendak dibandingkan dengan kampung-kampung lain samada di negeri Pahang atau Melaka.
Sayu rasanya saya diperantauan melihat keadaan kampung sendiri dimana kedua-dua insan tersayang (ayahanda dan Bonda) masih berjuang bersama-sama sahabat dalam perjuangan Islam PAS walaupun umur mereka sudah melebihi 75 tahun. Sudah lebih 50 tahun mereka berjuang menyedarkan saudara mara, namun mereka masih tertipu dengan pujuk rayu Perikatan dan BN (sekarang) pada setiap kali pilihanraya.
Tetapi itulah hakikatnya kampung saya yang letaknya agak jauh dipedalaman Kuala Lipis. Semua ini adalah bahana pentadbiran kerajaan BN yang telah memerintah Pahang lebih 50 tahun. Tidak pernah walau sesaat pun Pahang diperintah oleh PAS dan pembangkang.
Pemimpin BN mewar-warkan undi BN rakyat senang, namun semua itu hanya omongan kosong. Sesuai dengan namanya Lubuk, dah lah Lubuk, Kulit pula maka mungkin kerana itulah kerajaan BN Pahang membiarkan kampung ini terus ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan kampung-kampung jirannya.
Mengapa kerajaan BN menganaktirikan kampung saya ini sedangkan penduduknya 'hangit' Umno,tidak pernah PAS atau PKR menang di Peti Undi ini.
Selepas Pilihanraya Umum ke-12 8 Mac lalu, wakil rakyat Jelai iaitu YB bagi kampung ini dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri, namun nampaknya tiada perubahan.
Comments