TEORI DAN TELAHAN PEMERHATI POLITIK MANA SATU YANG BENAR?????

Di bawah ini disiarkan teori-teori pemerhati politik tentang isu liwat terbaru melibatkan Anwar. Ianya hanyalah andaian mereka bukannya tuduhan. Terpulang kepada para pembaca sekelian untuk menilainya. Hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya. Wallahu' alam.

Teori di bawah adalah teori semata-mata bukannya TUDUHAN.

1) Pihak-pihak tertentu merancang untuk menjatuhkan Anwar dan Pembangkang dengan melaksanakan konspirasi menuduh Anwar meliwat Saiful Bukhari Azlan, di mana Saiful dipaksa atau diupah untuk mengaku diliwat? Dengan itu rakyat akan hilang kepercayaan, malah Ahli-ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat ke kem Pakatan Rakyat akan membatalkan hasrat mereka kerana kes ini.

2) Pihak-pihak tertentu merancang kes ini supaya rakyat akan mengalihkan tumpuan mereka kepada isu liwat dan melupakan isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan. Setelah siasatan dibuat didapati dakwaan Saiful tidak benar dan Saiful akan dikenakan tindakan tetapi boleh diselamatkan oleh orang tertentu.

3) Anwar merancang dan mengarahkan Saiful Bukhari Azlan membuat laporan Polis bahawa Anwar meliwatnya bagi meraih simpati rakyat dan pemimpin-pemimpin politik supaya menyokong beliau. Ini terpaksa dilakukan oleh Anwar kerana beliau merasakan rancangan untuk membentuk kerajaan Pusat sebelum atau pada 16 September akan gagal kerana tidak mendapat sokongan dari Ahli-ahli Parlimen BN.

4) Pihak-pihak tertentu merancang kes ini supaya rakyat bangkit mengadakan demo dan tunjuk perasaan. Dengan keadaan kacau bilau seperti ini mungkin 'mageran' atau darurat boleh diisytiharkan bagi menyelematkan kerajaan BN yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Yang mana satu benar pada pandangan tuan-tuan, kalau nak komen sila nyatakan di ruangan komen atau emaikan kepada saya sofiwahab@gmail.com

Bagi saya sendiri, saya yakin Anwar tidak terlibat dengan kes liwat ini. Anda bagaimana?

Comments

Zafe said…
Saya rasa Anwar tidak bersalah.InsyaAllah kebenaran akan nampak..
azhar said…
ana rasa anwar tak bersalah..mgkn yang terlibat tu ..bakal PM puak UMNO..
Isu liwat buakannya Anwar rancang itu bodoh namanya..
ada puak takut bila DSAI jadi PM..habih kerja kotor mereka dibersihkan..
siap yang kotor ..mike tahu jelah...