Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang terkenal dengan Blognya Malaysia Today sekali lagi menggegarkan Najib dan Rosmah Mansor (tak senang duduk laki bini ni) apabila membuat akuan bersumpah 18 Jun yang mendakwa Rosmah dan dua lagi nama yang dikaitkan dengan kes ini berada di lokasi jenayah sebelum wanita warga Mongolia, Altantuya Shariibu diletupkan dengan C4.
Raja Petra Kamarudin, yang mendakwa mempunyai maklumat pembabitan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu itu, akan disiasat polis.
Raja Petra, yang diseret ke mahkamah awal bulan lalu atas dakwaan serupa, mendakwa ketiga-tiga berada di lokasi jenayah sebelum wanita warga Mongolia diletupkan.
Berani sungguh RPK ini, bukan calang-calang orang berani mendakwa 'Intan Payung' pemimpin No.2 negara ini yang dituduhkan terlibat dengan pembunuhan kejam ini. Beliau sanggup turun naik balai di soalsiasat kerana dakwaannya terhadap Rosmah dan yang lain-lain tu.
Kalau kita ada beberapa orang blogger dan aktivis yang berani macam ni, sudah tentu banyak lagi isu-isu hangat akan terbongkar pekungnya.
Syabas, RPK berani kerana benar takut kerana salah.
Sumber : Malayskini
Comments