Saya sempat melawat Stadium Hang Jebat Ahad lepas. Jelas dari pengamatan saya, stadium ini tidak terurus dan menjadi gajah putih sahaja. Jutaan duit rakyat dibazirkan tetapi manfaatnya kepada rakyat amat minimum. Berapa kalikah agaknya pemuda-pemuda kampung diberikan peluang untuk bermain bola di sini.?
Sebuah akhbar harian pernah melaporkan bahawa stadium sunyi sepi kerana jarang digunakan. Mengapa?
Di bawah saya nukilkan gambar-gambar beberapa sudut stadium itu yang jelas memalu dan memualkan tekak kita semua.
Bahagian bawah lantai tempat dipenuhi dengan lumut akibat kesan air.
Tandas yang kotor tidak dibersihkan. Terdapat juga banyak najis burung di dalam tandas tersebut.
Persoalannya mengapa ia menjadi sedemikian. Adakah ianya dibina hanya semata-mata mengujudkan projek untuk diperolehi oleh kroni-kroni orang tertentu? Stadium ini seolah-olah stadium yang ditinggalkan dan tidak digunakan.
Lebih memalukan lagi kecacatan stadium ini dapat dilihat dengan jelas dari jalanraya dihadapannya distadium ini yang merupakan jalan utama menghubungkan Lebuhraya Utara-Selatan dengan Sungai Udang, Masjid Tanah dan lain-lain.
Sebuah akhbar harian pernah melaporkan bahawa stadium sunyi sepi kerana jarang digunakan. Mengapa?
Rakan saya, Khirul Che Salleh, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, melahirkan kekesalan di atas kelemahan dan kelalaian pihak berwajib yang menguruskan stadium ini. Beliau menggesa pihak-pihak berwajib supaya segera memperbaiki keadaan ini bagi memastikan stadium yang bernilai jutaan ringgit dapat digunakan sepenuhnya supaya duit rakyat terus tidak dibazirkan.
"Kerajaan Negeri sepatutnya memantau perkara ini kerana ianya melibatkan maruah kerajaan dan rakyat, jangan nanti orang berkata orang Melaka ni pemalas, stadium macam ini pun tak terjaga" jelas beliau.
Di bawah saya nukilkan gambar-gambar beberapa sudut stadium itu yang jelas memalu dan memualkan tekak kita semua.
Bahagian bawah lantai tempat dipenuhi dengan lumut akibat kesan air.
Tandas yang kotor tidak dibersihkan. Terdapat juga banyak najis burung di dalam tandas tersebut.
Tumbuhan meliar tumbuh di bahagian luar stadium berhampiran pintu masuk penonton.
Bunga-bungan hiasan yang tidak dipotong mencacatkan lagi landskap stadium ini.
Comments