SAH UMNO SEMAKIN CACA MARBA

Semalam saya memetik laporan Utusan Meloya bahawa (calon-calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ditegah menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mengelakkan risiko digantung keahlian dan dipecat daripada parti.

Tataetika baru pemilihan UMNO yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini turut melarang calon-calon daripada menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran yang dikhuatiri digunakan untuk meraih undi.

Tataetika itu mengkehendaki ahli parti dan calon tidak terlibat dalam salah laku tersebut dan mematuhi ‘tempoh pemilihan’ yang meliputi jangka masa enam bulan sebelum dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung.

Sepanjang tempoh pemilihan, ahli-ahli UMNO juga dilarang menerima atau membenarkan anggota keluarga, termasuk isteri, menerima sebarang bentuk hadiah seperti tambang percuma, kemudahan perjalanan, saham, konsesi, kontrak, gelaran dan anugerah.

“Kecuali majlis pertemuan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO negeri, ahli-ahli parti dalam tempoh pemilihan dilarang menganjurkan sebarang pertemuan.
“Contohnya, ahli menghadiri dan menganjurkan kenduri atau majlis tahlil yang disertai pula oleh calon yang berucap untuk meraih undi,” menurut kandungan tataetika itu yang diperoleh Utusan Meloya hari ini.)
Ini laporan Utusan Meloya semalam.

Semalam Naib Presiden Umno Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Meloya hari ini bahawa calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO boleh menghadiri atau mengadakan kenduri kahwin dan tahlil asalkan tidak menyalahgunakan majlis itu untuk berkempen.

Beliau berkata, laporan akhbar semalam yang menyebut bahawa calon dalam pemilihan UMNO dilarang menghadiri majlis kesyukuran, perkahwinan dan tahlil yang dikhuatiri menggunakannya untuk meraih undi, adalah kurang tepat.

"Tentang tak boleh buat kenduri, tahlil itu tak betul. Siapa nak buat kenduri atau tahlil boleh buat. Cuma yang tidak boleh jangan gunakan majlis itu untuk berkempen, itu maksudnya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Pantai Bharu Holdings dan pembukaan bilik pameran Chevrolet di Klang semalam.

JELAS SEKALI UMNO SEMAKIN CACA MARBA. PERATURAN YANG UMNO BUAT PEMIMPIN MEREKA SENDIRI TAK FAHAM DAN MEREKA SENDIRI LANGGAR. KALAU PEMIMPIN YANG PERATURAN ITU PUN DAH PENING DAN 'BENGONG', ANAK BUAH LAGI 'BENGONG'.

INILAH PARTI YANG SUDAH NYANYUK DAN PENING KERANA DIPIMPIN OLEH MEREKA YANG MABUK KUASA.

JADI SUDAH SAMPAI MASANYA AHLI-AHLI UMNO BERAMAI-RAMAI MENINGGALKAN PARTI NYANYUK DAN PENING INI. AYUH MARI SAMA-SAMA MASUK PAS.

Comments