RENUNGAN : HUKUM LIWAT DAN QAZAF

Pertama,kita akui bahawa ulama berselisih pendapat sama ada liwat termasuk dalam kesalahan hudud atau ta`zir. Abu Hanifah berkata ia adalah kesalahan ta`zir, hukuman penjara sehingga bertaubat atau mati, atau bunuh bagi pengamal tetapnya pun adalah berdasarkan hukum ta`zir yang diijtihadkan oleh pemerintah.

Tetapi majoriti ulama iaitu Malik, Abu Yusuf dan Muhammad (dua orang murid Abu Hanifah), Syaf`ie dan Ahmad mengatakan hukuman liwat ialah bunuh dan ia termasuk jenayah hudud (Dr. Ahmad Fathi Bahnasi, Madkhal al-Fiqh al-Jina'I al-Islami, m.s: 60).

Kedua, yang menjadi persoalan, apakah sabitan jenayah liwat ke atas DSAI menurut perundangan Islam? Kalau pun hendak dikira perbicaraan itu berdasarkan proses ta`zir sekalipun (ikut pandangan Abu Hanifah seorang dan mengetepikan seluruh pendapat selainnya), apakah saksi untuk tuduhan itu tidak perlu seorang yang adil?

Apakah seorang saksi yang mengaku berzina boleh diterima sebagai benar, apatah lagi beberapa kali teragak-agak antara bersetuju atau tidak dengan tuduhan pendakwa? (Merujuk kepada kes liwat 1998).

Saksi itu juga telah menafikan sebanyak tiga kali terhadap dakwaan DSAI meliwatnya, sebelum mengaku semula. Dan mengapa pula alibi (bukti ketidak wujudan tertuduh di tempat dan masa tuduhan) DSAI langsung tidak dicabar oleh pendakwa? (Kes 1998)

Ketiga, jika hukum liwat yang dijatuhkan itu adalah ta`zir (berdasarkan pandangan Abu Hanifah seorang), bagaimana pula hukum ke atas orang-orang yang menuduh DSAI meliwat dan berzina? Apakah ulama masih berselisih pendapat tentang jenayah tuduhan zina tanpa empat saksi adil (jenayah qazaf) ini?

Jawabnya TIDAK ada perselisihan lagi kerana hukum hudud itu sudah jelas di dalam al-Quran (Surah al-Nur: ayat 4) yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang menuduh zina terhadap perempuan-perempuan yang baik (muhsanat), kemudian tidak mendatangkan empat orang saksi lelaki, maka sebatlah mereka (penuduh) sebanyak lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu terima lagi persaksian mereka selama-lamanya, dan mereka itu adalah orang-orang yang fasiq"

Mungkin ada yang hendak membuat dalih dengan perkataan 'perempuan-perempuan' itu lalu mendakwa DSAI bukan perempuan dan penuduhnya tidak termasuk dalam jenayah qazaf. Ini adalah dalih orang fasiq dan tidak beriman dengan al-Quran.

Bukankah ayat-ayat yang memerintahkan solat dan zakat itu dari segi tata bahasanya (qawa`id arabiyyah) hanya ditujukan kepada lelaki-lelaki? Adakah bila disebut lelaki maka perempuan tidak wajib bersolat? Sebenarnya, disebutkan perempuan dalam ayat qazaf itu kerana perempuanlah yang lebih tercemar maruahnya dan lebih tertekan dengan tuduhan zina itu, apatah lagi hukum yang diturunkan dalam ayat itu bersempena untuk membersihkan Saydatina `Aisyah daripada qazaf yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubay dan orang-orang yang termakan hasutannya. Seluruh ulama tafsir seperti al-Tabari, Ibn Kathir, al-Qurtubi, al-Fakhr al-Razi, al-Suyuti, al-Alusi dan seluruh ulama Islam berpendirian demikian walaupun perketaan 'perempuan' disebutkan dalam ayat itu.

Dan mungkin juga ada yang berdalih kononnya tuduhan meliwat tidak dikira qazaf kerana ayat tersebut menyebut tuduhan zina. Bagi orang fasiq yang berdalih begini kita katakan, tuduhan liwat adalah lebih buruk dan memalukan daripada tuduhan zina! Maka sepatutnya tuduhan liwat dikenakan hukuman lebih daripada tuduhan zina secara ta`zir (80 sebatan hudud, tambahannya ta`zir).

Maka mengapa 'al-Syeikh' Astora Jabat mendiamkan diri daripada ayat yang terang lagi jelas ini? Bolehkah kalau saya mengatakan beliau cuba menyembunyikan sebahagian ayat-ayat Allah s.w.t. jika beliau menuduh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyembunyikan ayat al-Quran tentang hukum bersekutu dengan orang bukan Islam dalam memerintah negara (Mingguan Malaysia, 15/10/2000)? (Bersekutu untuk menegakkan sistem sekular dan mengekalkan peraturan penjajah memang haram hukumnya, berbeza dengan bersekutu untuk menegakkan keadilan dan hak bersama seperti dalam BA -lihat Surah al-Maidah: 2)
Sumber : Tranungkite.

Comments

Anonymous said…
Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.

Takdepun khusus utk lelaki.
Mcm bulshit aje hujah di atas.