Kebanyakan pemimpin Umno memang tidak ada maruah dan harga diri. Rata-rata pemimpin Umno yang disabitkan dengan kesalahan rasuah politik (politik wang) yang digantung atau diberi amaran oleh parti itu masih terus memegang jawatan seperti Ahli Parlimen, ADUN dan jawatan di dalam parti.
Ini semua disebabkan Umno merupakan sebuah parti yang tidak bermaruah dan didokong oleh pemimpin yang tidak bermaruah. Tidak hairan ada di antara mereka yang dibicarakan di mahkamah dan disabitkan dengan kesalahan terus mendapat kepercayaan pemimpin tertinggi. Lihat sahaja bagaimana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim dilantik menjadi menteri menjaga undang-undang sedangkan sebelum ini beliau digantung keahlian di dalam Umno kerana terlibat dengan rasuah politik.
Malangnya pemimpin yang dikatakan ingin membenteras rasuah iaitu Pak Lah terus memberikan kepercayaan kepada Zaid sebaik sahaja pergantungannya tamat. Jelas sekali Pak Lah tidak serius untuk membenteras rasuah.
Semalam seorang lagi pemimpin Umno yang digantung keahlian selama 6 tahun iaitu bekas Naib Presidennya, Isa Samad (gambar) tanpa segan silu mengumumkan untuk bertanding pada pemilihan Umno Disember ini. Kita tidak hairan jika Isa menang pada pemilihan nanti kerana orang yang dipilih dan perwakilan yang memilih memang sudah hilang pertimbangan untuk yang mana baik dan yang mana buruk. Isa yang disabitkan kesalahan kerana merasuah perwakilan pada pemilihan Umno sebelum ini digantung selama 3 tahun sejak 2005, setelah rayuannya diterima. Beliau dikenakan pergantungan selama 6 tahun mengikut hukuman asal.
Satu lagi contoh ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik (gambar), 'pelakon Hindustan' yang semua orang tahu skandalnya sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Namun selepas itu beliau bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menang.
Dari senario diatas jelas membuktikan bahawa Umno sekarang ini penuh dengan pemimpin yang tidak bermaruah. Bak kata pepatah yang lebih kurang berbunyi "kalau Ikan busuk dikepala, maka rosaklah ikan tersebut keseluruhannya".
Comments