PAK LAH PATUT KUBURKAN SAHAJA KONSEP ISLAM HADHARI

Pak Lah sepatutnya kuburkan sahaja konsep Islam Hadhari kerana ianya jelas mengelirukan orang ramai. Konsep ini bukan sahaja ditolak oleh PAS malah rakyat terbanyak juga menolaknya.

Kalau sewaktu ianya dilancarkan sebaik sahaja Pak Lah menjadi Perdana Menteri, rakyat menerimanya kerana tidak faham dan tertipu dengan kata-kata hikmat Pak Lah kini rakyat sudah faham sebab itulah Pak Lah dan Islam Hadhari ditolak pada Pilihanraya Umum lalu.


Dua buah kerajaan negeri juga menolak konsep ini secara rasmi iaitu kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang, selain Kedah, Kelantan dan Perak, walaupun mungkin tidak membuat kenyataan rasmi tetapi secara praktikalnya konsep Islam Hadhari yang kabur ini juga ditolak oleh kerajaan masing-masing.

Sekarang ini Mufti Perlis pula terang-terang menolak konsep Islam Hadhari. Dalam Forum di Kota Baharu Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memilih nama yang salah apabila menggunakan perkataan Islam Hadhari.

Kata beliau, memilih nama tersebut adalah sesuatu yang bermasalah kerana ramai tidak faham mengenainya.

Apabila ditanya makcik dan pakcik di kampung mereka susah hendak menjawabnya. Lainlah kalau ditanya apa itu Wawasan 2020, mereka boleh menjelaskan.

Ini sudah cukup untuk menggambarkan mereka tidak faham tentang konsep Islam Hadhari. Ia berlainan dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan Perdana Menteri sebelum ini, katanya pada Wacana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Balai Islam, malam tadi.

Dr Mohd Asri juga memberi perumpamaan seperti kuih tahi itik (kuih manis) yang dijual di Kelantan sukar dipasar ke tempat lain kerana namanya tidak menarik.
Beliau turut bimbang pendekatan Islam Hadhari yang diuar-uarkan pemerintah sekarang hanya menghabiskan lebih banyak peruntukan kerajaan bagi menjelaskan konsep yang sukar difahami.
Menurutnya konsep itu hanya akan menjadi retorik kepada pemerintah sahaja, sedangkan banyak pihak tidak faham mengenainya.

Kalau Pak Mufti pun dah tolak apa yang rakyat tunggu lagi. Mari kita sama-sama tolak Islam Hadhari yang mengelirukan itu.

Saya mencadangkan Pak Lah supaya kembali kepada Islam sebenar jangan dok berselindung dengan perkataan Hadhari yang tidak diketahui mana asal usulnya, hanya digunakan untuk mengabui mata rakyat bagi meraih sokongan.

Orang nak buat Islam dia pun nak buat juga tapi Islam yang dia nak buat adalah Islam Amerika atau Islam liberal = Islam Hahdhari.

Sumber Petikan : Harakahdaily.

Comments