Semalam kejadian mencuri kepala paip berlaku lagi di Taman Jati, Batu Berendam. Kesemua 4 kes dilaporkan berlaku di taman tersebut semalam. Pencurinya pula memang professional. Selepas meter paip mangsa ditanggal dan dikebas mereka meletakkan notis "Bekalan Air Dipotong Kerana Tunggakan".
Sahabat saya, Jauhar Md Dawi memberitahu bahawa semalam meter paip jirannya Encik Shamsul Kamal juga kena curi.
Menurut Jauhar, sehingga kini mungkin sudah lebih 10 kes seumpama ini berlaku di Taman Jati yang terletak tidak sampai 1 km dari Balai Polis Batu Berendam. Jadi kita harap pihak Polis dapat membuat pemantauan dan pengawalan yang lebih ketat di kawasan tersebut dan disekitarnya. Kepada jiran-jiran pula, saya nasihatkan supaya jenguk-jenguklah paip jiran sebelah dan laporkan kepada pihak Polis jika ada orang-orang yang mencurigakan sedang mengintai-intai paip air jiran sebelah.
Saya mengharapkan pencuri meter paip air ini diberkas dengan segera sebelum lebih ramai rakyat Melaka menjadi mangsa.
Pihak PAM pula diharapkan segeralah baiki mana-mana meter paip pengguna yang dicuri kalau tidak nanti mereka ini terpaksa menyambung sendiri paip tersebut dan dapatlah mereka air percuma.
Nampaknya sekarang ini semakin hebat kegiatan jenayah samada jenayah kecil atau jenayah berat. Kepala paip pun dah tak selamat. Mungkin kerana rakyat sudah tak ada duit nak makan maka terpaksa mencuri apa sahaja yang boleh dijual.

Comments